innity

pages

Wednesday, August 10, 2016

[KETEPIKAN HUKUMAN MAJISTRET] Ibu hamil curi sarung kaki bayi dibebaskan Mahkamah Tinggi

Tertuduh (tengah) berpakaian penjara selepas dibuka gari dan dipimpin anggota penjara keluar dari mahkamah selepas dibebaskan.

KOTA BHARU – Seorang ibu sarat mengandung yang kisahnya menjadi viral di laman sosial kerana dijel akibat mencuri sarung tangan bayi, dibebaskan mahkamah tinggi, di sini, tadi.

Wanita hamil lapan bulan itu dibebaskan selepas Hakim, Ahmad Bache mengurangkan hukuman penjara daripada 14 hari kepada tiga hari.

Ahmad Bache membuat keputusan itu terhadap Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 38, pada semakan semula penghakiman terhadap tertuduh. Keputusan sekali gus mengetepikan hukuman Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri, pada 8 Ogos lalu.

Isnin lalu, tertuduh dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku salah dengan niat mencuri dua selipar kanak-kanak, enam pasang baju kanak-kanak dan satu t-shirt kanak-kanak serta tiga pasang sarung tangan bayi yang keseluruhannya bernilai RM165 di pasar raya Tesco pada jam 3.55 petang, 21 Mac 2009.

Katanya, tempoh penjara tiga hari yang dijalani bermula dari tarikh sabitan Isnin lalu itu sudah memadai dengan keadaan diri tertuduh yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak kelimanya dalam tempoh empat minggu lagi.

“Mereka yang bersalah atau mengaku salah di atas kesalahan yang dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang. Sebagai House of Justice, mahkamah bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awam.

“Mahkamah meneliti hak kamu, walau bagaimanapun kepentingan awam tetap mendahului kepentingan diri kamu sendiri. Mahkamah juga perlu menyampaikan mesej yang sewajarnya kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tertuduh, keputusan itu tidak bermakna tertuduh atau orang awan boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya dengan alasan keadaan diri yang hamil.

“Kes ini khusus kepada kamu yang perlu berehat di rumah dalam keadaan sekarang (bakal bersalin), tetapi ingat, saya memberi amaran kepada sesiapa pun, tidak boleh melakukan jenayah dengan menggunakan apa-apa alasan sekalipun,” katanya.

Beliau turut mengekalkan hukuman denda RM3,000 dan denda itu sudah pun dijelaskan tertuduh pada hari hukuman diputuskan di mahkamah majistret, di sini, pada Isnin lalu.
Tertuduh pada prosiding itu juga mengaku `tidak sedar` ketika melakukan perbuatan curi itu dan meminta maaf serta menyatakan kekesalannya.

Tertuduh diwakili barisan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diketuai Muhammad Hasif Hasan, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan.

Tertuduh ditahan pada hari kejadian, tujuh tahun lalu, dan dibebaskan dengan jaminan polis serta hanya dapat dikesan pada 2 Ogos 2016 selepas waran tangkap dikeluarkan.

Dia yang bekerja sebagai wakili jualan di sebuah pasar raya di sini, tinggal bersama suami yang bekerja sebagai buruh di Kampung Aur, Jalan Tawang, Bachok. Mereka mempunyai empat anak berusia 12, 9, 5 dan 4 tahun. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com