innity

pages

Wednesday, August 17, 2016

Kenyataan Media: Husam, Matthias fail saman untuk Dapatkan Semula Wang 1MDB


KENYATAAN MEDIA : BERHUBUNG DENGAN PEMFAILAN TUNTUTAN (CLASS ACTION) OLEH DATO HUSAM MUSA DAN MATTHIAS CHANG DI AMERIKA SYARIKAT

1. Pada 11hb Ogos 2016, Dato Husam Musa dan Matthias Chang telah memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat. Tindakan saman tersebut difailkan atas kapasiti mereka sebagai wakil kepada rakyat Malaysia dan juga sebagai benefisiari-benefisiari yang berhasrat kepada dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)

2. Di dalam tindakan saman tersebut, Dato Husam Musa dan Matthias Chang diwakili oleh Peguam Loius F.Burke. Mereka telah menamakan lapan (8) defendan yang terdiri daripada :
1) RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ
2) LOW TAEK JHO
3) GOLDMAN SACHS GROUP INC.
4) TIMOTHY LEISSNER
5) CHRISTOPHER JOEY MCFARLAND
6) RED GRANITE PICTURES INC
7) DEBRA WHELAN JOHNSON
8) METROPOLIS IX CAPITAL ADVISORS, LLC.


3. Secara ringkasnya, pemfailan tindakan saman tersebut adalah bertujuan untuk menuntut ganti rugi wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan menggunakan wang curi tersebut.



4. Sesalinan saman atau "Plaintiffs" Original Complain"yang difailkan tersebut boleh diakses melalui pautan berikut :
https://assets.documentcloud.org/docume…/3011346/Granite.pdf.


5. Pemfailan tuntutan ini akan disembah maklum untuk pengetahuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Mohon klik SHARE dan sebarkan untuk pengetahuan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com