innity

pages

Tuesday, August 23, 2016

Kenapa takut parti baharu?


Menjadi matlamat setiap parti untuk menyertai pilihan raya dan tiada apa yang perlu ditakutkan, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semalam.

“Apabila parti politik baharu dibentuk, mesti nak sertai pilihan raya. Kenapa takut sangat dengan parti Bersatu ni,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, tidak timbul sebarang isu ambil kerusi tetapi ia lebih kepada perbincangan dalam usaha merampas kembali kerusi Umno-BN pada PRU14.

“Ini bukan soal ambil, tapi perbincangan. Tak ada parti yang dibentuk hanya untuk duduk dan tengok dari jauh.

“Tiada sebarang kekangan atau halangan (untuk berbincang) kerana matlamat kita nak ambil kerusi Umno dan BN,” katanya.

Menurutnya, ia adalah proses biasa yang sama seperti PKR, ketika ia ditubuhkan.

“Kita juga melalui proses yang sama, berbincang dengan Pas, DAP dan parti politik lain ketika mula ia ditubuhkan pada 1999.

“Parti pun belum lulus lagi. Suruh (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi lulus cepat. Jadi, boleh bincang cepat,” katanya selepas berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor, Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

3 comments:

  1. Takut parti baru

    Bn umno
    Hancur
    Lenyap
    Sejarah baru muncul tiada dalam catatan bn umno
    Tender tak dapat
    Bankrap semua talibarut umno bn
    balak tak dapat
    Lombong tutup
    Suapan tak dapat
    Jadi gelandangan umno bn

    Tengokla...merempat dan terabur

    ReplyDelete
    Replies
    1. CKIT PUN UMNO/BN TAK HERAN.TAK JADI KUMAN KUDIS PUN BAGI UNMO DENGAN KEHADIRAN BERSATU.KALAU UMNO TAKUT UMNO TAK PECAT TSMY,BOBOIBOY SERTA SAPIE AFDAL.

      Delete
  2. Ketakutan umno bn
    Hancur dan tiada sejarah lagi hahaha

    Lesap dan hilang dari riwayat negara malaysia

    Merempat mengemislah umno bn

    KERIS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com