innity

pages

Sunday, August 7, 2016

[KECOH PERAK lawan JDT] 2 Penyokong JDT, Jurufoto NSTP CEDERA

SEKURANG-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini malam tadi.‎

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.

Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.

Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.

Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan.

"Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak," katanya. - Bernama



ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal penyokong JDT di tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu. - Foto Muhaizan Yahya
Jurufoto NSTP Supian Ahmad cedera dipukul dan kameranya dicuri dalam kekecohan antara penyokong selepas saingan JDT menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh
Jurugambar NSTP cedera diserang, kamera dicuri

Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Supian Ahmad, cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan bola sepak saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.  

Selain cedera, kamera jenis Canon 1DX yang digunakan oleh mangsa sewaktu bertugas dianggarkan bernilai lebih RM30,000 turut hilang dicuri penyokong pasukan terbabit.   

Ketika kejadian, penyokong JDT diarahkan oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis untuk masuk ke tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu. 

Menurut Supian, 36, segelintir penyokong JDT bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol. 

"Pada mulanya, seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher.  

"Saya tidak sempat untuk mengelak serangannya.   

"Ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada," katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi. 

Insiden itu menyebabkan kedua-dua mata dan leher Supian bengkak. 

Supian berkata, dia mengesyaki penyokong yang menyerangnya itu berada dalam pengaruh alkohol berikutan bau daripada mulut salah seorang daripada mereka yang menyerangnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com