innity

pages

Monday, August 1, 2016

[KATA MUFTI PEGUAM AUSTRALIA JUGA KATA DOJ TIDAK MUNASABAH] Harussani: Apandi sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB


Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.
Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.
“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.
Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.
Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.
“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi. -FMT

18 comments:

  1. Tengoh lah rakyat betapa merapu dan gilanya media bn umno

    Semuanya membodek pm

    Mereja cerita tentang penang dan selangor

    Putarbelit fakta untuk auta publisiti

    ReplyDelete
  2. yang aku pelik nape dia pilih untuk menidakkan penyelewengan najib dan ahli keluarga dan jho low dengan menyokong peguam negara dan menidakkan kenyataan peguam negara US yang secara jelas dan konsisten dengan pendedahan oleh sarawak report dan juga konsisten dengan pembohongan najib bermula dengan tidak mengaku wang masuk akaun pribadi pastu ngaku pastu mcm2 lagi yang jelas dan sangat jelas makin jelas, tapi mufti pilih untuk mempertahankan najib, inikah Islam akhir zaman

    ReplyDelete
  3. sedihnya ada mufti yang mempertahankan pemimpin zalim

    ReplyDelete
  4. AKU TAK FAHAM KENYATAAN PENGERUSI FATWA NI, SAPO PROFESIONAL YG DAH KAJI TU? NAPE TAK NAK TUBUH 1 JAWATANKUASA PENYIASAT YANG TERDIRI DARI PAKAR KEWANGAN, EKONOMI, ULAMAK, MUFTI, DUDUK RAMAI2 KAJI DAN TELITI, BARU LAH NAMPAK MUFTI MAIN PERANAN,

    KALU CAKAP MCM NI NAMANYA NAK LEPAS TANGAN, NAK BERSAMA NAJIB

    Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.
    “Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
    “Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,”

    ReplyDelete
  5. semu nak tunggu najib yg tubuhkan jawatan kuasa, raja-raja pon senyap, jawatankuasa fatwa tak reti nak kaji hal kewangan dunia,

    sampai kuching tumbuh tanduk le klu nak najib yg tubuh jawatankuasa nak siasat diri sendiri

    ReplyDelete
  6. MUFTI PUN MAKAN DEDAK.. PARAH LAH KITA..

    ReplyDelete
  7. Apakah Economics, Finance, Health, Education, Science & Technology bukan tuntutan Islam dalam kita menimba ilmu???

    Apa lagi kita boleh pertahankan Islam di Malaysia andai tidak mempunyai ilmu sewajar nya.

    Then again kalau wang yang disalur cukup mencurigakan untuk menghantar orang orang 'TERPILIH' menunaikan FARDHU HAJI.....apa lagi nak di harapkan pada orang orang Agama untuk mempersoalkan kecurian wang yang begitu NYATA!

    Malaysia dengan Agama Islam as an Official religion is really going to the dogs!

    ReplyDelete
  8. Hilang rasa hormat terhadap mufti dan majlis fatwa....langsung tidak fikir kesannya terhadap rakyat!!!

    DAH BISU KE????

    ReplyDelete
  9. Elok Korang pula jadi Mufti2 dan AJK Fatwa Kebangsaan..buat lah fatwa yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  10. Belum siasat dah kata tiada kes, mcmana tu. Terenukelasi awal ini.

    ReplyDelete
  11. Lepas ni kita bincang soal ayam itik aje la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ayam itek... Bincang tahi ayam dan tahi itek saja la... Sempit islam ni jadinya.

      Delete
  12. Peluru "TELUR BUSUK" tepat ke muka Ahmad Awang hasil tembakan Mufti Perak & Pengerusi Majlis Fatwa. Korang jgn nak tunjuk kebodohan masing2. Mata pelajaran Agama setakat 7 (SPM) jgn berlagaklahl

    ReplyDelete
    Replies
    1. daripada engkau tak lulus nak tunjuk pandai..ngata orang kau lagi banggang

      Delete
  13. Peluru "TELUR BUSUK" tepat ke muka Ahmad Awang hasil tembakan Mufti Perak & Pengerusi Majlis Fatwa. Korang jgn nak tunjuk kebodohan masing2. Mata pelajaran Agama setakat 7 (SPM) jgn berlagaklahl

    ReplyDelete
  14. SIAPA SEBENARNYA PEGUAM KANAN AUSTRALIA TU? BETUL KE DIA PEGUAM KANAN AUSTRALIA? HIHIHIHIIHI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com