innity

pages

Sunday, August 14, 2016

[JILAT BABI BUTA, UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN] Akan Berkuburkah Parti BERSATU Suatu Hari Nanti?


SALAM. Pedang menyambut baik penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama ringkasnya BERSATU yang pendaftarannya diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), beberapa hari lalu.
Penubuhan parti baharu itu dikatakan mendapat sambutan menggalakan, termasuk daripada ahli UMNO yang kecewa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, pengundi atas pagar dan golongan generasi muda.
Umum mengetahui bahawa perpecahan di dalam sesebuah parti menyebabkan tumbuh parti baharu. Demikian juga yang berlaku di dalam UMNO dan PAS.
Kewujudan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) – parti yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhamed Nasir, adalah akibat beliau dipecat daripada PAS. Semangat 46 ditubuhkan dan pemimpin UMNO ketika itu yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, mengetuainya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tertubuh akibat perpecahan di dalam UMNO apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap atas tuduhan liwat. Juga, Parti Amanah Negara (PAN) – serpihan kepada pemimpin dan ahli politik PAS yang diketepikan pada pemilihan parti itu.
Demikianlah juga BERSATU yang dianggap serpihan kepada UMNO. Segala-galanya bermula dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur perbuatan Najib kerana memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan isu kontroversi ‘kehilangan’ dana 1MDB berjumlah berbilion ringgit.
Beliau bersama beberapa pemimpin UMNO, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terus mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Akibatnya beliau dikeluarkan daripada bilik Timbalan Perdana Menteri, jawatan Timbalan Presiden UMNO digantung, sebelum akhirnya dipecat, bersama dengan beberapa pemimpin UMNO yang lain, termasuk bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Kini, terbentuknya BERSATU. Sebagaimana kata Tun Dr Mahathir, pembentukan BERSATU bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini dengan memberi khidmat memulih semula negara.
“Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan. Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.
“Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri,” katanya sambil menambah bahawa keadaan dalam negara dan imej Malaysia pada mata dunia sekarang ini amat buruk dan rakyat malu untuk mengaku menjadi warga Malaysia..
Pedang berpendapat kewujudan lebih banyak parti memberi peluang kepada rakyat Malaysia memilih siapa yang sewajarnya mentadbir negara. Walaupun sesetengah pihak berpendapat, Melayu akan berpecah, Pedang yakin BERSATU bakal membentuk gagasan bersama parti lain yang turut dianggotai bangsa Melayu.
Isu Tun Dr Mahathir bergandingan dengan pemimpin parti lain, terutama daripada parti rasis dan cauvinis DAP dalam menentang Najib, tidak timbul kerana mereka berdiri di atas dasar individu dengan satu tujuan iaitu memastikan Najib turun daripada kerusi Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia, termasuk kakitangan kerajaan kini bukan ‘buta’ lagi. Mereka memerhati dan mendengar. Urusan pentadbiran negara dan beban sara hidup yang ditanggung, juga menjadi perhatian. Mereka menanti Pilihan Raya Umum Ke-14.
Mereka juga menunggu borang permohonan menjadi ahli BERSATU.
Cuma, Pedang berharap BERSATU yang diterajui oleh ahli politik berpengalaman, seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Tun Dr Mahathir, selain pemimpin generasi muda, tidak akan menjadi seperti Semangat 46 atau Berjasa – terkubur dan yang tinggal hanya nama.
Kata Pedang: UMNO masih menafikan ahli dan penyokong mereka semakin berkurangan.
-ismaweb

39 comments:

  1. KERIS fikir begitulah
    Sesungguhnya beban sara hiduo bukan pada penjawat awam sahaja
    Rakyat bekerja kg dan gaji harian
    Memikul beban ekonomi yang tinggi

    Gst harga naik
    Subsisi tarik barang naik harga
    Caj letrik naik
    Caj air naik
    Caj tok naik
    Caj parking naik
    Caj telefon naik
    Caj tv naik
    Caj anak sekolah naik
    Bukan sekolah free namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh terima bil TNB bulan ini? Blom kan? Sampai nnt tengok la... Gerenti naik...

      Delete
    2. Penipuan angka seluruh Dunia wang 1MDB pon semakin hari semakin naik!!!

      Kahkahkahkahkahkah............

      Delete
  2. jom kita sokong BERSATU..x sabar nak isi borang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hg pi la isi borang tu xyah ajak kami.

      Delete
    2. hg gi merput dedak umngok tu la cai August 14, 2016 at 8:27 PM...jilat lebih skit..

      Delete


    3. 8.27,

      Yang 4.15 ajak tu hanya untuk rakyat Malaysia yang jujur, ikhlas, bersih dan perihatin.

      Pemakan dedak atau dedakmen macam kau dilarang sama sekali menyertai parti BERSATU.

      Ada paham!!!???


      Delete
    4. kami? jing jibo tak layak menjadi ahli bersatu.najis...

      Delete
  3. Umno yg ada ni bukan kah umno baru yg ditubuhkan oleh dr m setelah umno thn 46 itu diharamkan oleh mahkamah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahathir ingin membunuh legasinya sendiri. umno sekarang adalah umno yang ditubuhkannya setelah pengharaman umno sebelumnya? apa yang Allah nak tunjuk kepada rakyat malaysia, mari sama2 kita bermuhasabah.

      Delete
    2. Bodoh nyer la cai2 nie...woi mangkuk2 tolong hadam kan betul2 yer....sbelum kluarnya tun dari umno sasaranya adalah untuk turunkn najib...paham? so najib tu UMNO ker? ke ko kurang dedak pagi nie?

      Delete
    3. Bermuhasabah? Bagus ayat tu...ia umno sekarang tun Yg hidupkan tp tun tak kata harta peribadi dia...berbeza sekarang umno(untuk macai n najib only)

      Delete
    4. Bermuhasabah? Bagus ayat tu...ia umno sekarang tun Yg hidupkan tp tun tak kata harta peribadi dia...berbeza sekarang umno(untuk macai n najib only)

      Delete
  4. aktiviti pertama dan utama bersatu ialah mengadakan solat hajat untuk tun m....masuk ijn heart attack sebab sebok berpolitik. semoga tun diberi umur yang panjang kesihatan yang baik dan semoga marah dan sakit hati tun terhadap najib lenyap selamanye supaya tun dapat habiskan sisa hidupnye dalam keadaan tenang dan sentiasa beribadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurrr..kurr...dina cari dedak ker? moga2 semah nampak kerja keras dina nie ye...

      Delete


    2. 8.09 ni asalnya dari dna yang bangang dan bengap tapi nak berlagak pandai.

      TDM dirawat akibat daripada chest infection atau jangkitan paru-paru, bukan heart attack.


      Please keep your stupidity and ignorance to yourself.?


      Delete
    3. Padab tun m kata yg tinggal dlm umno yg bodoh.
      Kena cucuk hidung. Otak tak berkembang.

      Delete
  5. Sikit masa nanti TSM akan kata menyesal kerana ter ikut rancangan Tun M.

    ReplyDelete
  6. GUANO JADI PUNG AMBE TETAP SOKONG TOK NAJIB

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah nak cover la cai...

      Delete
    2. BUKEY NOK COVER MAVOR EH!,DOH KUBA KAWE IKUT SUKO KAWEY LA NOK GALO SIYEY KO NOK GALO MALEY,BAKPO DEMO SUSOH NYO!.

      Delete
  7. Tertubuhnya parti selepas kewujudan internet kebiasaannya akan bertahan. Kerana maklumat akan sampai terus kepada rakyat. Contohnya keadilan. Tidak seperti zaman s46. Berita cuma dari tv Dan radio. Yg Cuma boleh dilakukan hanya ceramah Dan risalah Dan akbar Bagi yg berduit sikit. Maklumat terhadap. Insyaallah bersalah akan bersaing dgn parti yg lebih lama.

    ReplyDelete
  8. Zahid hamidi kata bn menang 35 kerusi di selangor pun cukup. Hehehe.....dpt 15 pun mujur bro.

    ReplyDelete
  9. Sabar..jgn jd ahli lagi..kenaikan sara hidup bukan kerana gst dan sebagainya..bukan salah kerajaan..salah rakyat yg berniaga...org niaga nak untung banyak..klu x ada gst pun barang turut naik juga...semua tu kerja pembangkang..klu tukar khaan pun barang tak akan turun..lihat negeri yg ditadbir pembangkang barang pun tak turun harga..lg teruk ada..jadi jgn terpengaruh dgn parti baru dan pembangkang..teruskan beri sokongan kpd bn dan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh ko nie...kalo ko tukar najib tu dan siasat salahlaku die xperlu pun tukar kerajaan mangkuk...

      Delete
    2. Jawapan terbaik Bro!!!

      Tapi apa nak buat mangkok2 ni semua dah kesedapan makan dedak Lanun Bugis!!!

      Delete
  10. Sabar..jgn jd ahli lagi..kenaikan sara hidup bukan kerana gst dan sebagainya..bukan salah kerajaan..salah rakyat yg berniaga...org niaga nak untung banyak..klu x ada gst pun barang turut naik juga...semua tu kerja pembangkang..klu tukar khaan pun barang tak akan turun..lihat negeri yg ditadbir pembangkang barang pun tak turun harga..lg teruk ada..jadi jgn terpengaruh dgn parti baru dan pembangkang..teruskan beri sokongan kpd bn dan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bye bye umno.
      Kami akan jd ahli bersatu
      sepanjang jd ahli umno kani pun bukan pernah bayar yuran.
      Demi bersatuvkami sanggup bayar yuran keahlian.

      Delete
    2. tak payah sokong perompak negara.hutang negara makin menimbun hidup rakyat makin tersepit.jing jibo lainlah kejenye menjilat dpt habuan

      Delete
  11. Kj dah kata anjur olympik tambah hutang negara
    Sebab hutang negara dan rm700bllion

    Raja nong cik kata ada 1 tahun setengah nak pru 14
    Tetap sokong pm tpn tambah dun kembah pantai takut kalah

    Idris harun nak tambah dun juga melaka
    Takut kalah

    Zahid komedi buat lawak bodoh takut demonstrasi beli berjaya guling dia dan pok jib

    Apandi meroyan
    Gabenor gelap duit
    SPRM karut kecut

    ReplyDelete
  12. BERSATU mestilah berbeza drpd parti yg tumbuh sebelumnya.

    Kerana BERSATU ditubuhkan bukan kerana faktor faktor sumbang seperti kecewa disebabkan jawatan, kalah bertanding, tak puas hati hajat tak ditunai presidennya atau rasa diri lebih sokongan dan jauh sekali mahu memusnahkan parti melayu.

    TETAPI ditubuhkan atas sebab yg mulia, menentang salah laku presiden UMNO, membenci sikap para pemimpinnya yang rakus menjamah harta haram milik rakyat dan menyepi dengan kesalahan presidennya dan bersekongkol dengan tindakan pemimpinnya menpu rakyat dengan cerita palsu. Penjawat diugut utk menghalang penyiasatan.

    BERSATU membawa corak politik lebih jujur, ikhlas, bersih, peraturan dan perlembagaannya mestilah menghalang drpd orang orang yg ada udang sebalik batu mahu menyertainya.

    Politik kemelayuan yg lebih beradab, demokratik, mengutamakan golongan miskin, mengangkat semula perlembagaan negara, mendaulatkan agama persekutuan, meletakkan sesuatu pada tempat yg betul.

    Pendekata, inilah peluangnya utk membina semula jatidiri bangsa melayu dan pribumi. Melawan kemungkaran dan kejahatan.

    Rakyat mungkin lega dan akan menyokong parti baru ini kerana rakyat sydah sedar UMNO dan parti lain yg bersekongkol dengannya TIDAK BOLEH DIBAIKI LAGI "beyong repair".

    ReplyDelete
  13. Jamal kata 30,000 baju merah ada melayu cina india

    temberang kedai kopi

    Baju kuning BERSIH

    seluruh negara sekali...tengok raja raja nak kata apa...
    KERIS

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  15. Pasallah GST lah barang naik! Cari punca masalah..
    Setakatnya pendapat Tun berkenaan hal kerajaan adalah betul belaka. Sila bagitau apa yg Tun cakap yg salah kecuali pemakan dedak jer yg buta kebenaran.
    BERSATU adalah pendekatan terbaik menyingkirkan Najib dan pemakan dedaknya.
    Selepas Najib.. bakal PM adalah dari Indonesia.... jadi jangan salahkan Tun lepas ni.

    ReplyDelete
  16. Macai dgn balaci hilang akal dgn tertubuhnya bersatu.
    Kah kah kah.

    ReplyDelete
  17. klu pru akn dtg pembangkang ( baca pembangang) menang, ada sape2 boleh jamin gst dhapuskn?? porah dey.. tol kat selangor pun dok xsetel, nk menambah ada la lg..

    ReplyDelete
  18. klu pru akn dtg pembangkang ( baca pembangang) menang, ada sape2 boleh jamin gst dhapuskn?? porah dey.. tol kat selangor pun dok xsetel, nk menambah ada la lg..

    ReplyDelete
  19. BERSATU TAKDE BENDA!!!

    Tapi UMNOnok takot kecoh seluroh Negara!!!

    Kahkahkahkakah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meluat dgn umno.
      Party rasuah terbesar.
      Saya dan keluarga tak sabar mendaftar sebagai ahli bersatu.
      Bye bye umno.
      Kami tidak perlukan umno.
      Party pendedak.
      Cuma yg bodoh jer yg masih tinggal. Sampai ada yg kata mo1:tu agong.
      Bodoh ke ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com