innity

pages

Sunday, August 28, 2016

[JILAKE] Malaysia kini menduduki tangga ke-8 di dunia dalam nisbah pelacur berbanding Thailand tangga ke-10


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengingatkan pihak berkuasa Kuala Lumpur (KL) tidak menjadikan bandar raya KL menjadi bandar yang dikenali sebagai bandar raya maksiat.
Cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara, membuka ruang pemilik lesen rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.
Malaysia kini menduduki tangga ke-8 di dunia dalam nisbah pelacur iaitu 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk berbanding Thailand yang menduduki tangga ke-10 iaitu 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

Industri pelacuran di Malaysia sudah mencecah nilai lebih RM3.6 bilion.
Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.
Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota.
Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiar bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan sehingga ratusan rumah urut yang sedia ada cenderung untuk menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.
Kami amat khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.
Adalah lebih wajar rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia oleh pihak berkuasa.

MOHD AZMI ABDUL HAMID presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Artikel ini dimuatkan kali pertama di Harakahdaily dengan tajuk “Jangan jadikan Kuala Lumpur bandar maksiat”.
-MK

14 comments:

  1. "tahniah" zahid hamidi - itu pon masih nak bagi visa percuma kepada China, teruskn lah hancurkan negara

    ReplyDelete
  2. "tahniah" Najib keran bawa masuk pelacur China, bersama2 Zahid Hamidi jadikn Malaysia no.1 pelacur pulak, sekarang dah no.1 rompak wang negara terbesar di dunia

    ReplyDelete
  3. Syukur..tak perlu susah 2 nk Masuk Siam lps ni..tak perlu berdepan dgn acaman bom.
    Kipidap.. teruskan usaha menanbah bilangan ayam..syok sikit nak memilih,cuma pastikan SOP ditambah baik. Ayam2,haruslah nenjalani pemeriksaan kesihatan yg berkala..supaya bebas dari penyakit

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Zahid Hamidi kerana menyemarakkan lagi industri pelacuran dengan memasukinya 1.5 milion warga Bangla dan lain-lain warga asing. Hidup Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  5. Mana dia menteri pendek misai tebal bekas jeneral tentera Tu?apa dia buat?tk jlnkan peranan ke?

    ReplyDelete
  6. Bagusla
    Pok jib suka sangat seks luar negara
    Zaid komidi dapat untung duit seks

    KERIS

    ReplyDelete
  7. Kepala otak hangpa, Setiap bandar besar parti Pak Long hangpa yang pegang DAP, mana suara anak-anak anjing belaan Pak Long dari PKR, PAN & PAS yang satu masa dulu anjing pun boleh pegang dan bawa main.

    Sebelum puak2 PKR, PAS dan PAN bersekongkol dengan DAP ada kah bukti yang pelacuran sehebat ini.

    Bila dah nak sangat menang PRU sampai gadai seluar dalam anak dara sendiri. Porahhh!!!

    ReplyDelete
    Replies


    1. Apa yang ko merapu ni 10.38.

      Bekalan dedak dan ketum tak sampai lagi ker.


      Delete
  8. Malaysia Boleh, Ayam Boleh..

    ReplyDelete
  9. Inilah salah satu pencapaian taraf dunia yang menjadi kebanggaan negara di bawah rejim korup Najib.

    ReplyDelete
  10. Meh dtg klang
    Pub dan karaoke hadnyai malaysia.
    Enjoy bro. Hotel tumbuh mcm cendawan. Tak perlu risau.

    ReplyDelete
  11. Fenomena dunia akhir zaman...agama entah ke mana. Maksiat jdi prkara biasa.

    ReplyDelete
  12. Menduduki tangga pertama dalam Rasuah melibatkan MO1 aka Lanun Bugis Penyamun Tersohor Dunia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com