innity

pages

Friday, August 19, 2016

[JANGAN HARAP UMNO RAMPAS SELANGOR] MB, Azmin umum Selangor catat lebihan semasa RM480 juta

Prestasi kewangan Selangor mencatat rekod baik dengan lebihan semasa RM480 juta kerana hasil kutipan melebihi jumlah perbelanjaan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Lebihan semasa ini direkodkan berikutan hasil yang dikutip sebanyak RM1.86 bilion berbanding perbelanjaan sebanyak RM1.38 bilion.
“Ini bermakna kerajaan negeri mencatat kutipan hasil sebanyak 82% (RM1.86 bilion) berbanding jumlah anggaran terimaan hasil 2016 sebanyak RM2.25 bilion,” katanya dalam sidang media pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017 hari ini.
Beliau berkata, selain hasil tanah, kerajaan Selangor berdepan cabaran utama untuk mempelbagaikan sumber pendapatan baharu.
“Kita perlu meneruskan perancangan ekonomi jangka masa panjang yang strategik dengan unjuran tepat agar kita dapat meneruskan amalan tidak membentangkan belanjawan tambahan,” katanya.
Azmin berkata, perbincangan hari ini turut merangkumi kajian semula kadar kemiskinan, termasuk meningkatkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
“Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan PGK bagi Selangor.
“Satu kajian dijalankan kerajaan negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60% daripada pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300,” katanya.
Perbincangan hala tuju Belanjawan 2017 selama dua hari ini mengambil kira pandangan tokoh profesional, wakil industri dan penggubal dasar untuk memberikan pandangan mengenai pembentukan belanjawan negeri.
Inisiatif menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen terpenting penghasilan Belanjawan 2017. - MK

3 comments:

  1. Undur Mohd Najib Oiiii

    Berambus Najib

    KERIS

    ReplyDelete
  2. Jangan angkuh, dlm sesuatu pru mcm-mcm boleh berlaku. Menang boleh lah cakap itu ini, tp kalau kalah nanti nula meracau, salahkan sana sini. Kalau dah menang buatlah yg terbaik untuk rakyat selangor. Rakyat akan menilai. Musuh politik melihat dan bertindak untuk mengatasi lawan..

    ReplyDelete
  3. Klu ph berantakan tak ada jaminan selangor tak dpt ditawan umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com