innity

pages

Thursday, August 11, 2016

[JANGAN DIAM] 1MDB: Kerajaan perlu AMBIL TINDAKAN terhadap Individu seperti SYOR PAC terdahulu, kata ahli PAC BN

Kerajaan perlu memutuskan samada orang yang dinyatakan dalam laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lima bulan lalu bersalah atau tidak.
Ahli PAC Barisan Nasional Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana rakyat mahukan jawapan.
“Rakyat masih ternanti-nanti keputusan kerajaan daripada polis yang menyiasat 1MDB dan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang boleh menentukan sama ada mereka yang dinyatakan dalam laporan PAC itu melakukan kesalahan atau tidak.
“Kerajaan perlu membuat keputusan segera kerana perkara ini sudah terlalu lama berlarutan sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aziz mengulas desakan Ahli PAC Pakatan Harapan supaya jawatankuasa membuka semula siasatan terhadap 1MDB, susulan aduan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang mahu menyita aset-aset “yang terbabit atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan” daripada syarikat milik kerajaan itu.
Ahli Parlimen Tony Pua semalam berkata PAC perlu mengenalpasti identiti ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang disebut dalam aduan itu.
Menurut Tony, aduan DoJ menyatakan sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi MO1.
Menurut Aziz, pendesak sebenarnya sudah tersalah terka.
“Keputusan untuk membuka semula siasatan PAC terhadap 1MDB tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian konkrit kerana kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak adalah dalam bidang kuasa eksekutif iaitu polis dan AGC,” jelasnya.
Di awal kenyataannya, Aziz berkata kerajaan selaku badan eksekutif perlu segera mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab seperti disyorkan dalam laporan PAC April lalu.
“Di pihak PAC, kita sudah menyatakan beberapa isu utama yang gagal dihuraikan sepanjang prosiding 1MDB sejak Mei 2015.
“la termasuk beberapa transaksi yang mencurigakan seperti pembayaran US$700 juta daripada 1MDB terus ke akaun pemegang saham syarikat yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi,” ujarnya.

7 comments:

  1. Oleh kerana kerajaan di bawah Najib relax sahaja tak ambil kisah tentang penyelewengan duit rakyat berbilion-bilion ringgit, maka, memang patutlah kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini kita tumbangkan pada PRU 14 nanti.Hidup BERSATU!Bye-bye UMNO/BN!

    ReplyDelete
  2. nampaknya wakil rakyat bn dah mula kecut dgn pru14..
    king dah bagi cash utk simpan masa tak de jawatan nanti..
    mungkin akhir tahun ini atau awal thn depan..
    harap najib sempat jd calon bn lg..

    ReplyDelete
  3. agak2nya banyak lagi ke cash dia? rasanya banyak dah kena beku sana-sini..tu yg kalut dia gi sana-sini nak deal...

    ReplyDelete
  4. Mcm mana pun Najib tak kalah dlm pru 14 nanti cuma nak jadi pm tu belum tentu. Umno masih kuat..bukan senang nak tumbangkan umno yg telah berjasa selama 60 tahun. Parti bersatu belum tentu hayat selama mana..baru tubuh..semangat 46 yg telah lama pun berkubur. Jgn percaya sangat dengan berita-berita yg ditulis contoh blogger celah gelegar ni. Sebebarnya umno kuat lg..orang kg masih teguh dgn umno..tak lama lg bantuan brim akan diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg terlalu takbur itu adalah firaun. Macamana nasib firaun ?

      Delete
    2. Anda buatlah cadangan pi banci sokongan org2 kampung, org kampung pun bukan semua nya lemau. Pastu pi banci org2 muda yg majoriti tak ada feel pun pasal perjuangan UMNO dulu2... apatah lg skrg kalau sebut UMNO, dah terbayang muka Najib. Skrg tambah isu 1MDB pulak dgn anak tiri dia.

      Delete
  5. 1mdb dah gagal
    Bila dedah kepada rakyat
    Pasti terburai semua kelaknatan najib
    Merengkoklah najib dalam kubur..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com