innity

pages

Friday, August 5, 2016

[ISUNYA MENINGKAT MENDADAK MASA PERAYAAN] MENTER KPDNKK: Harga ayam: Malaysia paling murah di Asia

Hamzah (tiga, kiri) bersama pemimpin Umno Pengkalan Chepa semasa sidang media, hari ini.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui harga ayam di Malaysia lebih murah berbanding negara Asia lain.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, prihatin dengan dakwaan pembangkang pihaknya terpaksa membuat tinjauan harga di beberapa negara berdekatan termasuk di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

"Pada musim perayaan baru-baru ini harga ayam di Kelantan meningkat mendadak dan dikenalpasti berpunca daripada beberapa masalah  termasuk ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan segera, namun perkara ini dapat diselesaikan PPDNKK Kelantan dalam masa dua hari sahaja.

"Berbanding luar negara, harga ayam di Indonesia, Filipina dan Thailand secara purata RM15 sekilogram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa, di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, rakyat harus sedar pengguna itu terdiri dalam kalangan mereka yang berniaga, malah peniaga juga ada yang menjadi pengguna, jadi mereka dinasihatkan berlaku adil untuk keselesaan bersama.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Hamzah  berkata, kementeriannya akan mencari kaedah baru terhadap Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan untuk membolehkan peniaga negara ini tidak sewenang-wenangnya menaikan harga barangan di luar musim perayaan.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak persatuan pemborong, peniaga , peruncit dan pengguna bagi membincangkan kaedah baru supaya semua pihak selesa dengan kepentingan masing-masing.

"Saya akan bawa hasil perjumpaan dengan pihak berkenaan untuk dibincangkan dalam kabinet sebelum membuat keputusan dan membaharui kandungan akta itu  sebelum akhir Disember ini,"  katanya. - SH

5 comments:

  1. Kpdnp kalau pandai dah nampak pandai
    Tapi bodoh belake

    Makan raduah pandai
    Jilat bontot najib pandai

    ReplyDelete
  2. Tak payah la susah2 nak kaji berapa harga ayam di indonesia, thailand atau filipina. Isunya harga ayam naik mendadak dan tidak masuk akal. Apa perlunya pengguna malaysia diberitahu harga ayam di negara luar? Duit yang rakyat kena keluarkan untuk membayar harga lauk tak ada kena mengena dengan harga lauk pauk di negara asing. Soalnya kenapa naik mendadak dan apa langkah wajar yang agensi tersebut laksanakan bagi mengekang kenaikan melampau tersebut, bukan buang duit pergi meninjau harga ayam di negara luar. Nak bagi tahu bahawa harga ayam yang naik melampau kini masih murah berbanding ayam indonesia, ayam thailand atau ayam filipina? Nak kata pegawai di agensi terbabit adalah 'cap ayam', nampak kurang ajar pulak. So, nak kata apa lagi, tak tahulah...

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kita dah ada pengganti menteri cap ayam dulu iaitu Hassan Malik. Ini menteri cap ayam 2. Tiap2 tahun permintaan mesti naik. bukan tahun ini aja. Tak da Statisticians ke di KPDNKK. Buatlah forecasting guna time series. Boleh tahu punya. 3 empat bulan sebelum tu impotlah.

    ReplyDelete
  4. sapie apdal pn penah jd menteri kpdnkk...hampeh bukan ayam je naik sume barang harga naik...bermula dr zaman sapie lagi kpdnkk xbole blah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com