innity

pages

Wednesday, August 10, 2016

Isu video seks: Itu saya tak mahu komen, kata Ahmad Said


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan melayan sebarang 'serangan' yang dilakukan termasuk isu video dan gambar seks yang didakwa mengaitkan dirinya. 

"Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang dah mula keluar macam-macam. Takpe, saya tak mahu komen. Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu. 

Sehubungan itu, ketika ditanya sama ada beliau takut dengan 'ugutan' berhubung video tersebut, Adun Kijal itu berkata beliau kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta tidak teragak-agak untuk membuat serangan balik sekiranya perlu. 

Sebelum ini, The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks. https://www.malaysiakini.com/news/351599

Bagaimanapun ia didakwa isu lama yang bermula pada 2009 tetapi diedarkan semula di media sosial dan blog.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com