innity

pages

Thursday, August 18, 2016

[INGAT RAKYAT TADAK OTAK KE] DOJ sebut MO1 ialah "Malaysian Official One", saya sebut "Malaysia Official Number One"


Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).
Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.


"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Namun, selepas empat jam, tulisan di Facebook itu disunting dengan berkata, mengikut perlembagaan MO1 bukan Najib beliau mungkin MO2, MO3 atau MO4.
Sidang DUN Kedah semalam panas apabila bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut Nawawi memohon maaf kepada Agong berhubung kenyataan itu.
Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga merupakan sultan Kedah.
Dalam laporan akhbar harian itu, Nawawi berkata sebagai rakyat Malaysia, tidak menjadi kesalahan serta menjadi hak peribadinya untuk membuat definisi sesuatu perkara berdasarkan perlembagaan.
"Saya berpendirian tidak salah bagi saya mendefinisikan perkara yang tidak ada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN (pembangkang) berkenaan,” katanya. - MK

5 comments:

  1. Nawawi, lg kau buka mulut lg memalukan org umno. Taraf haprak betoi, org macam Nawawi ni la musuh melayu suka sgt sbb otak kat lutut bila memimpin.

    ReplyDelete
  2. Nawai. Siapa kata tifak salah mengait
    kan ydp agong dgn perbuatan jenayah orang lain di malaysia ini ?
    Kenapa ckp berbelit2 ? Yg doj maksudkan mo1 itu berkait dgn no one. Apa beza dgn number one yg kamu sebut berdadar dari nombor satu yg di sebut oleh doj dari segi istilah nombor ?

    ReplyDelete
  3. Kalau nawi ni betul kenapa nak buat kenyataan
    Memandai mandai lepastu mencacai pok jib
    KERIS

    ReplyDelete
  4. dia ni agaknya cuba nak jadi peguam bela untuk bijan,pasal tu tiba2 je dia baca buku perlembagaan dan cuba tafsir dakwaan DOJ dan kaitkan dengan perlembagaan malaysia,terus post dlm FB.tapi tafsiran dia salah, keliru, tidak faham dan menyimpang dari tafsiran sebenar perlembagaan..YDPA bukan pegawai tinggi kerajaan tapi individu tertinggi dalam perlembagaan malaysia..DOJ nk guna MO1 ke MO2 ke,xde kaitan dengan perlembagaan negara kita sebab semua kesalahan dilakukan di US dan tindakan undang2 pun di buat di US.

    ReplyDelete
  5. Biasa lah penyokong2 Najib bodoh nya melampau2 ...apa nak heran ...nampak $$$ mata jd kelabu....
    Agong dan Sultan2 ...tido ke? Bila agaknya nak bangun dan pertahankan rakyat dari kezaliman pemimpin yg korup?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com