innity

pages

Tuesday, August 9, 2016

[IDRIS HARON MESTI TARIK BALIK KENYATAAN] ‘Jika betul Amerika mahu bunuh Melayu, kita harus isytihar perang’


Seorang ahli parlimen pembangkang membidas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa Amerika Syarikat merancang untuk "membunuh" orang Melayu selepas melakukan perkara yang sama terhadap rakyat Iraq pada masa lalu.
Lim Lip Eng berkata jika dakwaan itu benar, maka Putrajaya perlu bertindak dan bukannya mendiamkan diri.
“Sekiranya demikian, bukankah kita sepatutnya menghantar pulang Duta Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap negara tersebut?” soalnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata ahli parlimen DAP itu, Idris mesti menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kerana telah memalukan Malaysia di mata dunia.
Beliau juga mempersoalkan menteri kabinet yang hanya membisu berhubung dakwaan itu.
“Adakah ini bermakna BN dan seluruh kabinet bersetuju bahawa Amerika sedang merancang untuk menghapuskan orang Melayu menggunakan Jabatan Keadilan (DOJ)?” katanya.
Sebaliknya, Lim berkata Malaysia harus berterima kasih kepada Amerika yang cuba untuk mengembalikan jumlah yang amat besar wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
“Sebenarnya Malaysia perlu berterima kasih kepada Amerika Syarikat kerana sedang cuba mengembalikan apa yang boleh daripada sejumlah AS$4 bilion yang didakwa telah dicuri daripada dana berdaulat negara, syarikat 1MDB.
“Siapa yang menerima dana berbilion ringgit daripada 1MDB ini dalam akaun peribadi mereka? Anak tiri siapa yang telah berjoli berjuta-juta ringgit dan membeli rumah mewah di Amerika?
“Adakah semua itu hasil kerja Amerika Syarikat?” soal pemimpin DAP itu.
Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?
"Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang pada Ahad lalu.
DOJ mendakwa dana 1MDB telah diselewengkan untuk membeli hartanah mewah, menyelesaikan hutang judi, mendapatkan karya seni mahal dan juga membeli kapal terbang dan kapal layar.
Di dalam pemfailan mahkamah di Amerika, DOJ menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan ahli perniagaan Malaysia Jho Low, yang rapat dengan keluarga perdana menteri.
Najib telah menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh ada pihak yang berkomplot untuk menggulingkannya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku. - MK

5 comments:

  1. Komen Idris memang bodoh berdengung

    ReplyDelete
  2. Dah termakan nasi kankang kepala lanun, terpaksalah pelihara lanun tu sampai ke sudah, tak nanti kena buang prti, syoru pun miss.......kahkahkahkah

    ReplyDelete
  3. Dah lama tunggu sumbangan hasil perlantikan Najib. Rupanya ini yg disumbangkan.

    ReplyDelete
  4. Dia patut kata "najib nak bunuh masa depan bangsa melayu mcm Amerika bunuh umat Islam di Iraq." Najib penyebab Amerika ada alasan utk campur urusan megara.

    ReplyDelete
  5. ni la namanya terpaksa membodohkan diri untuk jawatan dihadapan penyokong yg entah bodoh ke tidak...masa terima tppa sokong pulak tak de kata us nak bunuh melayu...
    lagu umno satuuu....
    bersatu kita bersatu...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com