innity

pages

Wednesday, August 17, 2016

[FITNAH PEMAKAN DEDAK TIDAK MASUK AKAL] Tuduhan saya mahu jadi PM ‘fast track’ fitnah semata-mata: Mukhriz

Roh perjuangan telah hilang dalam UMNO, mereka yang mempertahankan kemungkaran di depan mata hanya semata-mata kerana jawatan, pangkat, projek juta-juta, habuan, dan wang ringgit. Ingatlah semuanya akan disoal dihadapan Allah.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tuduhan bahawa beliau bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri secara pantas adalah fitnah semata-mata.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal Mukhriz berkata, kenyataan bekas pegawai khas politiknya yang dianggap sebagai ‘kawannya’, Haris Che Mat dan pemimpin UMNO lain hanya berdasarkan andaian yang tidak berasas tanpa fakta.
“Saya sendiri tidak pernah dengar ada perbincangan menjadikannya sebagai Perdana Menteri. Malah, saya sudah buat penafian dalam kes saman (Tengku) Sariffuddin. Dia (Haris) membuat andaian bukan-bukan.
“Saya kesal dengan dakwaan tersebut. Kenyataan Haris, memang tidak berasas. Bukan dia menyebut, saya tahu atau berada di situ mahupun saya dengar rancangan menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.
Kelmarin, Haris memberitahu pemberita bahawa perjuangan Mukhriz adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri secara ‘fast track’.
Rakyat tidak akan lupa rancangan "mengguling" Datuk Seri Mukhriz 

Strategi UMNO Agar Rakyat Lupa "Rancangan Jahat" Guling Datuk Seri Mukriz Sebagai MB Kedah
Kebanyakan rakyat tidak akan mudah melupakan bagaimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi mangsa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rakyat masih ingat usaha "rampasan kuasa" untuk menyingkirkan Mukhriz yang dirancang dengan teliti.
Ia bertujuan memberitahu Mahathir supaya berhenti menyerang Najib dan jika beliau terus menekan Najib, mereka akan menyingkirkan anaknya.
Najib akan mengeluarkan semua halangan bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan sesiapa yang menghalangnya akan dikenakan tindakan.
Tekanan Dr Mahathir ke atas Jabatan Peguam Negara menjadi pendorong "rampasan kuasa" itu.
“Mahathir telah mempersoalkan jumlah masa diambil Peguam Negara untuk menyiapkan kertas siasatan, di mana kertas itu kemudiannya dikembalikan kepada SPRM,” kata Ahli Parlimen Klang, Santiago merujuk siasatan dana politik yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
“Mahathir dilihat terus mengasak Najib dan ia telah mencetuskan langkah ini,” katanya.
Kes "rampasan kuasa" terhadap Mukhriz, anda jelas boleh lihat rakyat masih menyokongnya, mereka telah turun untuk menunjukkan sokongan mereka.
Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, krisis Kedah amat jelas, iaitu kesungguhan Najib untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno yang tidak mempertahankan salah laku beliau.
"Krisis Umno berpunca daripada 1MDB, Mukhriz hanya mangsa skandal itu,” katanya merujuk isu yang melanda 1Malaysia Development Berhad.
Rancangan menjatuhkan MB Kedah bermula, dengan sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mengumumkan majoriti pemimpin parti negeri itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Ia disusuli pertemuan tertutup antara kumpulan Ahmad Bashah dan Najib di Ibu Pejabat Umno, ibu negara.

6 comments:

  1. Umno bn ahmad bangsat
    Emmmm....hancur lebur jadi debula

    Tamatla riwayat umno bn
    Buat buku sejarah baru malaysia

    Parti progresif adil intergriti
    BERSIH dan HARAPAN

    ReplyDelete
  2. umno akan musnah PRU14, Kelantan - Pas, Terengganu, Kedah, Pahang - BERSATU, Selangor- campuran PKR & PH, P.Pinang - DAP, Perak -PH, Sabah - BERSATu + Parti Shafie Apdal,

    Negara akan diperintah oleh gabungan baru, BN akan jd pembangkang peringkat Parlimen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADO JUGOK OREY HOK MIMPI BASOH SIYEY HARI TERPANCUT AWAL.BWERANGEY LA MUNG SAPAI MApuh kerah.

      Delete
    2. jing jibo g berambus jilat jibo sana.

      Delete
  3. Tun kata yg tinggal dlm umno tu yg bodoh jer. Yg kena cucuk hiding.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com