innity

pages

Monday, August 1, 2016

FILEM GENGSTER PUNCA KONGSI GELAP BERLELUASA? Rosyam Nor: Itu Alasan Tak Bijak


Kuala Lumpur: Jika seseorang menjadikan filem sebagai alasan terbabit dengan kongsi gelap, ia adalah sesuatu yang tidak bijak.

Pengarah filem dan pelakon Datuk Rosyam Nor berkata, setiap filem yang diterbitkan walaupun ceritanya bertunjangkan kongsi gelap, mesti ada pengajaran di penghujungnya.

"Kalau dia katakan terjebak dengan gengsterisme atau kongsi gelap kerana pengaruh filem, bagi saya dia ambil sebab (alasan). Bagi saya penonton sudah bijak memilih kerana itu (filem) bukan satu benda betul.

"Filem satu 'entertainment' (hiburan), kalau ambil langkah terpengaruh dengan filem, seseorang itu masih tidak bijak untuk menilai bahawa itu hanya satu kerja lakon dan persembahan menerusi filem," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rosyam mengulas mengenai laporan Bernama hari ini mengenai pengakuan bekas anggota sebuah geng yang mahu dikenali sebagai 'Dino'.

Dia mengaku terjebak dengan geng kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap selain tergoda dengan filem tempatan yang menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap.

Dino turut bercerita mengenai 'Fin' iaitu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa saja untuk geng mereka termasuk membunuh.

Menurut Rosyam, latar belakang seseorang perlu juga dilihat kerana tidak mungkin kerana filem boleh jadi gengster

"Kita kena lihat latar belakang kehidupan dia sebelum ni. Takkan sebab filem dia jadi gangster. Dia mesti ada turutan kehidupan awal seperti percampuran yang tidak baik sehingga terjebak dengan gangster.

"Semua filem yang diterbitkan dalam negara kita berbentuk pengajaran dengan pengakhirannya, gengster itu ditangkap atau mati. Tetapi kenapa perlu ambil elemen yang tidak baik dan elemen jahat.

"Apa yang penting, setiap filem yang diterbitkan ada pengajaran pada hujungnya . Kita bertanggungjawab untuk beri pengajaran baik kepada penonton," katanya yang pernah memegang watak gengster dalam filem Castello dan KL Gangster 2. - MyMetro

1 comment:

  1. Rosyam dlm industri filem mestilah dia pertahankan. Cuba tanya dia berapa patah perkataaan dlm filem tu ayat ayat negatif dan berapa patah pula ayat positif. Kalau hanya 10% nasihat dan pengajaran baik tak payah dakwa ada kebaikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com