innity

pages

Sunday, August 28, 2016

[FAKTA: Parti Perikatan kerjasama dengan Pembangkang BENTUK BN] PEMAKAN DEDAK KECOH tuduh BERSATU kianat jika kerjasama Pembangkang


Tahukah Kita Bahawa Parti Perikatan Pun Bekerjasama Dengan Pembangkang Dalam Membentuk BN?
Nota: Kongsi-kongsikan dengan sahabat handai supaya kita dapat memahami sejarah dan strategi politik!

1. Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di kampung saya, Ketereh. Kelantan. Program tersebut menampilkan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2. Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.

3. Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya dalam program-program politik.

4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.

5. Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

6. Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Tun M, selaku bekas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

7. Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Tun M, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

8. Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

9. Ini satu hujah yang amat menarik!

10. Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dengan merampasnya dari MCA. PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.

11. Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian diikuti oleh PAS. Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk.

12. Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu pengkhianatan? Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!

13. Bagi saya, ianya bukanlah satu pengkhianatan. Tetapi satu strategi politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
.
14. Sama-samalah kita fikirkan!

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia

27 Ogos 2016
Untuk FB Bicara Malaysia

5 comments:

  1. Dlm pru 1969 samsudin yg menang atas tiket dap bagi dun sungai ria telah melompat masuk umno. Dgn sebab itu perak jatuh semula kpd perikatan.
    Di selangor wakil dap dun seradang yap pian hon ?
    Bukan kah mereka juga dipilih atas konsep demokrasi ? Kenapa boleh ?
    Kenapa sekarang tak boleh ?

    ReplyDelete
  2. Hari ini saya merasakan tindakan saya dan keluarga saya menarik sokongan kpd umno dan menyokong Tun M adalah benar dan tidak salah. Syukur !

    ReplyDelete
  3. Adakah bukan bukti nyata kukuh dan berfakta bahawanya berbillion masuk akaun najib, berbillion lagi digunakan untuk berjoli sakan, berjudi, minum arak, membuat filem lucah, membeli intan permata, rumah mewah dan lain2 aset.

    Semua wang berbillion billion digunakan ini berakar umbi, berpaksikan, menjurus dari akaun 1mdb dimana Najib tandatangan mengeluarkan wang rakyat ini.

    Kami rakyat marhaen tidak izinkan dan haramkan penyelewengan ini.

    Kami rakyat marhaen tidak izinkan dan haramkan najib mengeluarkan wang negara membiayai proksi2 atau pencacainya kerana berpuncakan hasil dari pemimpin korup, zalim, haramjadah dan bangang.

    Ayuh ulama dan ugamawan yg mahukan bukti, pertahankan najib jika kamu dipihak benar! Jangan biarkan najib keseorangan jika beliau tidak bersalah!

    ReplyDelete
  4. Bukankah alim ulama, ustaz, ugamawan dan mufti hanya mengeluarkan dan menuturkan kata2 dari mulut dan lidah hanya perkara yg hak dan benar?

    Adakah jawapan mereka kerana tiada bukti? atau tidak pasti?

    Jika daging babi perlu diteliti, diperiksa dan disiasat punca setiap produk makanan samada ianya halal atau haram.

    Kenapa isu 1mdb dan pemimpin yg korup,tidak amanah dan tidak jujur, tidak bercakap benar tidak diperiksa, disiasat dan diteliti?

    Adakah perkara ini isu remeh temeh?

    Adakah Pokok yg rosak dan mereput perlu dirawat? digoyang? atau ditumbangkan?

    Masing2 akan ditanya di akhirat nanti tugas yg diamanahkan.

    ReplyDelete
  5. Duit src 42 juta tu masuk akaun siapa ?
    Bila nk pulangkan ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com