innity

pages

Saturday, August 20, 2016

Edar risalah di UiTM, 3 aktivis himpunan #TangkapMO1 ditahan


SERI ISKANDAR - Cubaan sekumpulan mahasiswa untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar untuk edar risalah, di sini bagi Jelajah Mahasiswa #TangkapMO1 gagal apabila mereka ditahan pihak keselamatan universiti itu, lewat petang tadi.

Wakil kumpulan mahasiswa itu, Suhail Wan Azahar, 22, berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.45 petang itu, mereka pada awalnya sudah mengadakan rundingan selama 45 minit dengan pihak keselamatan untuk masuk ke kawasan kampus berkenaan bagaimanapun kebenaran tetap tidak diberikan.

Katanya, selepas cubaan untuk masuk ke dalam kampus tersebut gagal, mereka terdiri daripada mahasiswa seramai 20-25 orang melakukan flashmob di hadapan pintu utama universiti tersebut.

"Keadaan selepas itu mula kecoh apabila salah seorang anggota keselamatan membuat provokasi dengan menjerit 'masuklah'.

"Salah seorang daripada kami kemudiannya masuk ke dalam kampus tersebut dan diikuti beberapa lagi mahasiswa lain," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Suhail berkata, akibat tindakan itu, tiga orang daripada mereka ditahan pihak keselamatan UiTM Seri Iskandar dan dibawa masuk ke dalam kampus untuk tindakan lanjut.

Ditanya mengenai tujuan jelajah itu, katanya, ia merupakan program penerangan kepada mahasiswa mengenai isu 1MDB dan menjelaskan siapa individu Malaysia Official 1 yang dikaitkan dalam dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini.

Menurut Suhail, mereka turut membawa risalah berkaitan 1MDB untuk diedar kepada mahasiswa di kampus berkenaan.

Katanya, jelajah itu tidak akan terhenti di situ sebaliknya ia akan diteruskan di beberapa institusi pengajian tinggi yang lain.

Difahamkan ketiga-tiga mahasiswa terbabit telah dibawa pihak keselamatan UiTM Seri Iskandar ke IPD Perak Tengah.

Sementara itu, sehingga jam 9.30 malam tadi, pihak polis dan UiTM Seri Iskandar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. - SH

2 comments:

  1. Tak mengapa
    Mereka 3
    Datang lagi ramai 3 ribu
    Takan polis nak tangkap?

    Nak serbu biar ramai
    Baru polis tak boleh buat ape?

    Lagi satu bila urusan dengan polis bayar dulu saguhati

    Urusan dengan pbt pun bayar dulu
    Sewa atau duit perlindungan

    ReplyDelete
  2. BENGONG! PADEY MUKO,NOK MINTOK TANGKAP MO1 MUNG HOK YEY KENO IGAK KO POKLIH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com