innity

pages

Sunday, August 21, 2016

‘Don’t cross the line’, kata Najib kepada Tun Dr Mahathir


TUMPAT, Ahad – Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak melampaui batas kerana ia bertentangan dengan konsep Islam yang menggalakkan umatnya bermusyawarah dan syura.
Perdana Menteri berkata, Islam sendiri, menggalakkan umatnya untuk menegur pemimpin dengan cara yang baik selain mengamalkan pendekatan musyawarah mesyuarat dan syura.
Perdana Menteri berkata, tindakan Dr Mahathir dilihat seperti cuba mahu meruntuhkan UMNO.
“Kita mesti mempertahankan parti, kukuhkan perjuangan. Sudah jadi pemimpin besar 22 tahun pun masih tak faham-faham … nak jatuhkan parti.
“Don’t cross the line (jangan melampaui batas). Parti adalah warisan kita. Guna kaedah yang betul ikut konsep parti dan Islam,” katanya merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini, semalam.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir telah menggunakan pelbagai cara untuk menegur kepimpinan Najib sama ada dalam parti atau kerajaan, terutama membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib, sebelum mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
Tun Dr Mahathir juga menyifatkan setiap tegurannya kepada Najib dalam pelbagai isu adalah kerana kesilapan Perdana Menteri itu sendiri akhir-akhir ini.
Katanya, Najib dilihat perlu sedar dan segera bermuhasabah diri kerana kesalahan yang dilakukan dalam pelbagai isu semasa terutama berkaitan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB.
“Saya ikhlas menegur serta mengkritik kepimpinannya demi menjamin survival UMNO dan Barisan Nasional (BN), kebelakangan ini Najib banyak mengelirukan rakyat terutama dalam isu 1MDB. Seperti contoh, Najib nyatakan tiada kaitan 1MDB dengan penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low, namun hakikatnya berlainan.
“Najib juga kata dana 1MDB disimpan dan dilabur di Kepulauan Cayman tetapi sehingga kini tiada bayangan di mana duit itu berada. Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kata sebahagian duit daripada Kepulauan Cayman yang ditebus disimpan dalam bentuk tunai USD1.103 billion di bank BSI Singapura tetapi bank tersebut menafikannya selain menyifatkan 1MDB memberi dokumen palsu,” katanya. -ismaweb

5 comments:

  1. Pok jib yang terlampau skandal songlap duit rakyat

    Gst 1mdn src 2.6billlion banyak lagi
    Raja raja nidu beku kaku
    Peguam tergaman kemam dedak
    IGP mimpi sepi

    KERIS

    ReplyDelete
  2. Yessss ..dont cross the line Tun. I already crossed it ..

    ReplyDelete
  3. BAKPO,SEMUA HAL BERKAITAN URUSAN NEGARA KENA DAPAT KELULUSAN MADEY KE?SAPO MADEY LONI?BELIAU HANYA MANTAN PM.HOK KAWE TAHU HAL URUSAN NEGARA PM KENA LAPOR KO TOK AGONG BUKEY LAPOR KO MANTAN PM.KOHO KUAT NYANYOK MADEY LONING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. demo sambung tidor je loh...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com