innity

pages

Wednesday, August 17, 2016

Dia komited, Ku Nan puji pegawai DBKL terlibat kes rasuah


Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan atas kesalahan rasuah adalah “pegawai yang baik”, menerima dua kenaikan pangkat dalam satu tahun, lapor New Straits Times.
Menurut laporan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik berkata, lelaki bergelar “Datuk Seri” itu dinaikkan pangkat ekoran komitmennya menjalankan tugas dengan baik dan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan.
“Setakat yang saya tahu, pegawai itu menjalankan tugasnya dengan penuh iltizam. Dia dinaikkan dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini berada di Gred B khas kerana cemerlang dalam tugas selain berpotensi tinggi.
“Itulah dia di tempat kerja … tetapi apa yang dia lakukan di luar daripada itu, saya tidak tahu,” kata Ku Nan.
Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang kesimpulan tetapi memberi masa untuk SPRM menyiasat perkara itu. Beliau turut menasihatkan pegawai kementerian dan DBKL supaya menjauhkan diri daripada rasuah dan hidup mengikut kemampuan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pencapaian pegawai DBKL dicemburui rakan-rakan dan kontraktor lain.
Pegawai DBKL tersebut adalah salah seorang daripada tiga pegawai kanan kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Dua suspek lain, juga bergelar Datuk ialah pegawai dari Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan.
Berikutan penangkapan itu, SPRM merampas kereta mewah, membekukan akaun bank dengan simpanan lebih RM13 juta, serta RM400,000 dalam bentuk wang tunai yang disembunyikan di atas siling rumah salah seorang suspek.
Ketiga-tiga lelaki kini di tahan reman tujuh hari bermula semalam. - FMT

3 comments:

  1. disebalik isu rasuah besar2 pekerja dan penjawat awam pasti ada orang politik. pegawai tu buat rasuah untuk orang politik dan disamping tu ambik utk diri sendiri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES ANON 1:38PM

      Kisah benar, tapi sukar dibuktikan.

      Delete
  2. Bebenornya budak kenan ni yang rasuah dato dato tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com