innity

pages

Wednesday, August 10, 2016

China beku visa 6 hari ke Guangdong bagi pelancong Malaysia

China tiba-tiba menghentikan pengeluaran “visa mudah 144 jam” kepada pelancong Malaysia, Indonesia dan Thailand, bagi menghalang anggota IS menyamar sebagai pelancong Asean dan melancarkan serangan menjelang sidang kemuncak G20 di Hangzhou.
Oriental Daily memetik sumber yang memberitahu portal berita Hong Kong, Apple Daily sebagai berkata, pembekuan itu dijangka berlarutan sekurang-kurangnya sebulan.
Menurut laporan itu, pemandu pelancong Hong Kong mendakwa rombongan pelancong Thailand yang memiliki “visa mudah 144 jam” dilarang memasuki wilayah Guangdong baru-baru ini dan mereka hanya dimaklumkan mengenai perubahan dasar itu setibanya di Pelabuhan Luohu yang terletak di Shenzhen, sempadan China dan Hong Kong.
Susulan itu, pelancong mengecam dan mendakwa agensi pelancongan Hong Kong menipu.
Mereka berkata, agensi pelancongan Hong Kong juga terpaksa menanggung kerugian kerana jadual perjalanan perlu diubah dan membayar kos penginapan untuk pelancong di berkunjung di Hong Kong dan Macau.
Pengusaha pelancongan Hong Kong pula mengadu, banyak rombongan berdepan masalah sama sejak kebelakangan ini dan dijangkakan 100,000 pelancong asing akan terjejas dengan perubahan dasar itu.
Baru-baru ini, Beijing berhenti mengeluarkan “visa mudah 144 jam” kepada pelancong dari negara yang menjurus kepada Islam, kerana mesyuarat ke-11 sidang kemuncak G20 dijadulkan berlangsung di Hangzhou pada 4 dan 5 September ini.
Beijing memperkenalkan “visa mudah 144 jam” sejak 2000 bagi memudahkan pelancong asing yang tiba di Hong Kong berkunjung ke wilayah Guangdong di China sehingga 6 hari.
Agensi pelancongan Hong Kong hanya perlu mengemukakan nama, tarikh lahir dan nombor pasport pelancong sebelum menyerahkan ia kepada agensi pelancongan China untuk membuat permohonan visa secara berkumpulan yang akan diluluskan dalam tempoh beberapa jam, dengan syarat pelancong tidak boleh meninggalkan rombongan masing-masing. - FMT

3 comments:

  1. Kerajaan malaysia takda maruah. Buka pd bangsa China seluas luasnya, sampai binatang depa Panda pun bg visa. Tapi China hina bangsa Malaysia takda apa apa tindak balas. Pemimpin bacul kalau mcmtu.

    ReplyDelete
  2. Tak beri masuk ke cina pun tak apa..ada apa kat cina??..blogger pun mcm tak ada berita lain. Buat lah cerita mcm mana laluan nyawa nak keluar dari jasad ker..dia ikut jalan mana..singgah kat mana..lepas tu suruh orang komen..hahaha

    ReplyDelete
  3. jing jibo dah menyalak disini pulak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com