innity

pages

Wednesday, August 31, 2016

[BUDAYA CASH IS KING] Jamal beri setiap ketua cawangan Umno RM1000 seorang kerana BATAL Janji bawa BERCUTI ke Dubai


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hari ini membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.
Sebaliknya, janji tersebut ditukarkan kepada wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.
"Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.
"Justeru itu saya batalkan tawaran percutian tersebut dan kos percutian kita kongsi bersama yang mana setiap seorang perwakilan akan mendapat RM1,000," kata Jamal disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Jamal berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kali ke 13 bagi tahun 2016 di Dewan Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor, hari ini.
Setiap perwakilan dapat RM300?
Sementara itu, Jamal hari ini turut 'mengumumkan' pemberian RM300 kepada perwakilan dan tambahan RM200 ketua cawangan Umno yang berdiri tanda sokongan kepada beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta parti itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau menyatakan perkara itu secara serius atau sekadar berseloroh.
“Saya minta semua perwakilan yang menyokong saya bangun dan berikan tepukan gemuruh,” kata Jamal diikuti dengan tindakan perwakilan.
“Okey, RM100 untuk semua,” kata Jamal.
Begitu juga perkara sama dilakukan apabila beliau meminta perwakilan berdiri sebanyak dua kali lagi untuk menyatakan sokongan kepada Zahid dan Umno BN.
Ia bermakna setiap perwakilan mendapat RM300 setiap seorang dan Jamal berkata tambahan sebanyak RM200 lagi akan diberi kepada ketua-ketua cawangan yang berdiri dan memberikan tepukan.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar dalam ucapannya berkata beliau tidak akan memberikan RM1000 kepada ketua bahagiannya, sebaliknya RM2000 setiap seorang.
Noh bagaimanapun berkata Jamal boleh berbuat demikian kerana beliau hanya ketua bahagian.
“Kalau saya jadi Jamal saya bagi RM2,000 tetapi saya tidak boleh lakukan sebab saya wakil rakyat yang mana perlu menjaga 42,000 orang dan itulah yang membezakan ketua bahagaian dengan anggota parlimen,” kata Noh yang juga anggota parlimen Tanjong Karang. - MK

7 comments:

  1. mana jamal dapat duit banyak2 tu

    yg kelakarnya, noh omar pon sama bangang je dengan jamal

    ReplyDelete
  2. ajaran najib la ni, kesian umno dari atas sampai ke bawah dah rosak binasa, ynag tinggal dalam umno hanya yang teruk2 je

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah dah rosak parti umno ni....prk sg besar menang pun main duit, satu malaysia boleh buat perkara sama?

    ReplyDelete
  4. Dah nyata rasuah dan sogokan
    Sprm lembu
    Igp kambing
    Peguam biawak
    Agong keldai
    KERIS
    rakyat matang
    Rakyat fikir

    ReplyDelete
  5. Xpayah kerja,la, 1×tpuk tngn dpt 100, tepokla byk2..sngnya ampa,tk dak rasa malu dn brsalah lgsong

    ReplyDelete
  6. It simply reaffirmed what Tun M said a couple of days back that not only getting rid of Bugis Pirate is a priority, UMNO has to go with it, period!

    ReplyDelete
  7. Bodoh punya ketua2 cwgn patut mintak lebih lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com