innity

pages

Wednesday, August 17, 2016

[BN SUDAH TIDAK RELEVAN] Kini Orang Islam TIDAK AKAN UNDI Parti Anti-Islam (MCA MIC GERAKAN), BERSATU pilihan Terbaik

Gandingan UMNO yang rosak dan jijik berkerjasama dengan kumpulan parti ANTI-ISLAM (MCA, GERAKAN MIC) menjadikan BN sudah tidak relevan dan bakal dikuburkan pada PRU14

APABILA menentang usaha memperkasa mahkamah yang khusus untuk umat Islam iaitu Mahkamah Syariah menerusi Akta 355, Pedang mengisytiharkan parti ultra kiasu yang bergabung membentuk kerajaan Malaysia – MCA, MIC dan Gerakan – kini, sebagai parti anti-Islam.
Bukan itu saja yang Pedang lihat sekarang ini, malah, sejak berlaku ‘tsunami Cina’ pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, MCA, MIC dan Gerakan hilang taring politik apabila kalah banyak kerusi, sama ada kepada parti rasis dan cauvinis DAP atau PKR.
Sebelum ini, mereka tidak mempedulikan sangat isu-isu berkaitan Islam, namun sejak kekalahan besar mereka dan melihat kepada sokongan Cina yang lebih memihak kepada DAP yang memainkan isu agama, mereka kini seolah-olah menjadi pembangkang dalam kerajaan.
Demi merebut kembali sokongan itu, MCA, MIC dan Gerakan dan seangkatan dengannya mula menunjuk belang. Isu mengenai Islam yang undang-undangnya tiada kaitan langsung dengan agama mereka, mula mendapat perhatian. Mereka mengisytiharkan kepada umum (melalui siaran media), bahawa mereka menentangnya.
Daripada sekecil-kecil isu iaitu ‘nasihat’ Jabatan Imigresen supaya tiada pembantu rumah beragama lain bekerja di rumah orang Islam, hinggalah kepada isu besar seperti pindaan undang-undang bagi memperkasa Mahkamah Syariah, pun mereka tentang.
Alasan yang diberi adalah diskriminasi, merosakkan integrasi dan perpaduan nasional. Apakah beberapa tindakan daripada perkumpulan mereka sendiri sebelum ini, tidak merosakkan perpaduan nasional? Bukan satu diskriminasi? Atau tidak menjejaskan integrasi.
Usahlah bercakap mengenai diskriminasi, integrasi dan perpaduan nasional, jika tidak belajar sejarah. Singkaplah kembali sejarah, maka di sana akan kelihatan bagaimana orang Cina mendiskiriminasikan bangsa lain, sejauh mana orang Cina memupuk perpaduan nasional dan integrasi kaum. Siapa yang lebih ramai menjadi komunis? Melayu? India?

Pedang katakan, apa yang dipertontonkan oleh mereka kepada rakyat selama ini hanyalah sandiwara, untuk mendapatkan semula sokongan orang Cina dan India. Parti-parti itu kini hanya mempunyai ahli. Amat sedikit sokongan akar umbi untuk membantu mereka memenangi pilihan raya. Jika menang pun, adalah kerana undi Melayu.
MCA, MIC dan Gerakan sekarang terlalu menumpukan kepada isu-isu berkaitan Islam. Apa saja usaha untuk menjaga akidah umat Islam mereka tentang. Sedang, isu besar negara didiamkan. Tiada pemimpin mereka yang bercakap secara umum mengenai ‘kehilangan’ berbilion-bilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pedang percaya mereka mengetahui juga ‘kehilangan’ wang itu. Pedang percaya mereka juga tertanya-tanya mengenai sejumlah besar wang yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Tetapi isu-isu ini mereka diam.
Yang mereka suka bangkitkan dan campuri ialah isu-isu sensitif seperti bahasa, sekolah kebangsaan, hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.
Ingatlah! Akan ada Pilihan Raya Umum Ke-14. Pada waktu itu, usahlah merayu undi daripada umat Islam, kerana anda sekarang ini adalah parti-parti yang anti-Islam.
Kata Pedang: Cukup-cukuplah sandiwara itu. Terimalah kedudukan Islam di Malaysia ini secara positif. Lagipun kami dengan agama kami dan kamu dengan agama kamu.

-ismaweb

4 comments:

  1. Jgn kata begitu, kata dlm rencana ni ada yg tidak kaji sejarah. Kaji lah sejarah selepas merdeka hingga kini 59 tahun sudah merdeka. Tidak releven kah perkongsian kuasa umno.mca.mic hingga sekarang?.. tak da bukti ker? Lihat keadaan negara selama 59 tahun perkongsian kuasa parti berkenaan. Pedang dan rakyat negara ini tinggal, mencari nafkah, setiap individu membina institusi keluarga hingga kini, keturunan menimba ilmu hingga ke menara gading dalam dan luar negara, hidup dlm kemodenan, aman damai, tak ada letupan bom sana sini seperti di Iraq, syria, jordan, mesir, pelestin..afghanistan..ini

    masih tidak releven??. Releven yg mcm mana lagi yg dikehendaki?..
    Bila keadaan tegang mcm peristiwa dulu dulu contoh zaman komunis selepas merdeka.. peristiwa 13 mei?..mcm tu baru nak releven?..sudah-sudahlah, bersyukurlah apa yg ada sekarang
    Keceriaan dimasa hadapan jgn di mimpi dan angankan. Peliharalah keadaan yg ada dan disuburkan. Jangan berangan angan terlalu tinggi, bukan mudah, undi penentu bukan milik infividu..pupuklah dan semaikan lah benih bersatu..bersatu kita teguh, bercerai kuta hancur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh tak leh ajar...nak faham ayat simple yg admin tulis mcm tu pon ko dh pening n melalut tak tentu hala

      SUDAH TIDAK RELEVAN dengan TIDAK PERNAH RELEVAN dua benda berbeza.
      klu SUDAH TIDAK RELEVAN maknanya dulu relevan tapi sekarang sudah tidak lagi

      dulu UMNO tidak jilat jubor najib membabi tuli walau nak hancurkan negara, dulu mca mic tidak serang Islam macam sekarang

      Delete
    2. Kalau dia cerdik takkan dia kena tipu. Ini jenis syukut dpt beras sekampit dgn kain pelikat.
      Hari raya puasa dapat ar. Jari raya hsji beli ar sendiri.
      Hahaha.

      Delete
  2. maksud sebenar anon atas tu nak sampaikan ialah...biarkan aje pemimpin kebas duit bilion bilion rakyat merempat tak apa...negara masih aman.rakyat sesak tapi masih boleh makan.yg penting masih mampu bayar gst...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com