innity

pages

Tuesday, August 2, 2016

"Betapa dahsyatnya negara saya sekarang," kata Rafidah


SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menafikan penglibatannya dalam mana-mana komplot menjatuhkan sesiapa dan usaha mengambil alih kerajaan.

Menurutnya, beliau kini sedang merenung nasib negara mutakhir ini yang sungguh dahsyat.

“Saya tidak ikut serta dalam komplot merancang untuk menjatuhkan sesiapa atau mencuba untuk mengambil alih kerajaan.

"Saya sendirian duduk di rumah memikirkan betapa dahsyatnya negara saya sekarang,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Malah katanya, masyarakat hari ini melihat betapa segala yang dibina dengan susah payah sebelum ini dirosakkan.

“Orang melihat hakisan dan kerosakan sistem serta institusi. Kita melihat mereka yang diamanahkan jawatan kelihatannya mencabuli kepercayaan itu. Kita juga melihat golongan muda kecewa.

“Apa yang dibina dengan susah payah sebelum ini telah dihakis dan dirosakkan malah negara kita telah mula masuk senarai paling buruk dan negatif di dunia,” katanya.

Beliau juga menyentuh soal pelbagai bentukan undang-undang yang digubal untuk ‘membentuk’ rakyat negara ini.

“Kita semua manusia. Kesempurnaan itu bukan manusia hanya yang Maha Berkuasa. Tapi kita boleh menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik bukannya paling teruk.

“Ia menunjukkan betapa buruknya keadaan sekarang apabila kita tak mampu mengurus diri sendiri tapi perlukan segala bentuk ‘undang-undang’ untuk digubal,” katanya. - SH

5 comments:

  1. Dah pencen tu duk diam jerlah..jaga cucu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HABISKAN DULU SEGALA RETA YANG DAPAT MASA JADI MANTORI DULU.

      Delete
  2. Sepanjang jadi MP Kuala Kangsar takde apa yang dia deliver, macam hampas!

    ReplyDelete
  3. Salam

    anda biasa dengar satu cerita mengenai seorang maharaja telanjang.

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya kalau bekas menteri ni bersuara utk kebaikan.
    Adakah kamu yg komen di sini sangat baik dan suci dari kesalahan?

    Kalau kita mahu kerajaan yg baik dipimpin orang yg baik, ia mesti bermula dari rakyat yg baik dan jujur. Barulah kita akan dpt pemimpin yg dipilih itu baik. Kalau kita rakyat marhen pun hati buruk dan berperangai hodoh maka Tuhan tak akan beri perubahan kpd yg lebih baik.

    Kita mulakan dgn jgn suka kutuk, hina dan maki hamun orang lain. Tapi kita hanya layan seruan kebaikan, kemajuan, penyatuan shj supaya generasi depan kita semuanya yg baik baik.

    Biarkan sesiapa pun mahu bercakap oerkara baik kita sambut, bila dia buat perkara buruk kuta ketepikan dia dari menyertai kita. Beri peluang kpd org lain utk bertaubat dan berbuat kebaikan. Kita waspada dan saling beringat sambil terus berjuang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com