innity

pages

Friday, August 19, 2016

‘Berterus Terang’ TIDAK SEMESTINYA BENAR, Dr Mahathir jawab Musa

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas timbalannya pada era 1980-an, Tun Musa Hitam, hampa kerana Tengku Razaleigh Hamzah dilantik ke dalam Kabinet, menafikan dakwaan wujud konspirasi didalangi beberapa pemimpin Umno ketika itu menjatuhkan Musa.
Dr Mahathir mengulas dakwaan Musa dalam bukunya “Frankly Speaking” (Berterus Terang), yang menceritakan bagaimana beliau terpaksa meletak jawatan setelah mendapat tahu Dr Mahathir termakan hasutan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Sanusi Junid dan Tun Daim Zainuddin, kumpulan yang diberi singkatan “AIDS”.
“Berterus terang tidak semestinya bercakap benar,” Dr Mahathir, yang memimpin kerajaan daripada 1981 hingga 2003, menulis dalam catatan terbaru blognya.
Musa, timbalan pertama Dr Mahathir, meletak jawatan pada 1986, digantikan Tun Ghafar Baba.
Dalam bukunya yang dilancarkan awal bulan ini, Musa menuduh Anwar, Sanusi dan Daim di sebalik konspirasi dengan menuduh beliau mahu menjatuhkan Dr Mahathir.
Dakwaan Musa itu dinafikan Sanusi, tetapi disahkan benar oleh bekas ketua pengarang Utusan Melayu ketika itu, Tan Sri Zainuddin Maidin.
“Tetapi saya tertanya-tanya sama ada Utusan melakukan penyiasatan. Ia selalu melaporkan khabar angin,” kata Dr Mahathir menyindir kumpulan media milik Umno itu.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata sebab utama Musa berundur adalah kerana kecewa seteru politiknya Razaleigh tidak dipinggirkan dalam Kabinet walaupun tewas dengan Musa untuk jawatan timbalan presiden Umno.
Dr Mahathir berkata Musa pernah berjumpa dengannya mengharapkan sokongan dalam pertandingannya dengan Razaleigh merebut jawatan nombor 2 parti, tetapi beliau memutuskan kekal neutral kerana sesiapa yang menang akan menjadi timbalannya.
“Saya bersedia bersumpah di atas Al-Quran yang dia melakukannya,” kata Dr Mahathir.
Tidak lama selepas itu, Dr Mahathir mendapat tentangan sengit daripada Razaleigh dalam pertandingan presiden Umno sebelum menang tipis. Ia kemudian menyebabkan perpecahan Umno, dengan Razaleigh dan penyokongnya menubuhkan Semangat 46.
Dr Mahathir turut mempersoalkan dakwaan beliau seorang yang menuntut kesetiaan mutlak.
Katanya, beliau bersetuju melantik Musa menjadi duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seperti juga pelbagai jawatan tinggi kerajaan yang diberikan kepada pemimpin Umno yang pernah menentangnya seperti Tan Sri Hamid Albar, Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Dan Abdullah Badawi menjadi perdana menteri selepas saya letak jawatan. Apakah ini cara orang yang tidak boleh menerima pengkhianat melayan mereka yang sememangnya khianat terhadapnya?” soal Dr Mahathir.
“Saya memimpin negara selama 22 tahun. Parti dan pengundi boleh menjatuhkan saya bila-bila masa. Pemilihan Majlis Tertinggi (parti) sentiasa diadakan. Untuk lima pilihan raya umum, saya memimpin kejayaan parti dengan majoriti 2/3. Saya tidak menggunakan wang. BR1M pun tidak ada.
“Pengundi memilih berdasarkan persepsi, bukan kerana taat setia mutlak,” tulis Dr Mahathir. - FMT

7 comments:

  1. Musa hitam ni kuat merajuk. Camna pulaklah nak jadi pemimpin. Sikit2 nak berenti. Cari makan jelah dengan Najib ni. Umur dah lanjut dah. Bagi aku senang je. Selagi kau tak ada sumbangan pada rakyat. Takyalah nak tulis2 buku ni. Semuanya nak lepas geram je sebelum nak mampus ...

    ReplyDelete
  2. Apa nak susah org politik mmg mcm tu..jadi orang politik ni semua boleh buat bila berkuasa. Yang kalah nasib lah. Serupa dgn Tun lah masa jd pm dulu semua dia boleh buat tapi bila tak jadi pm skrg dia jadi pembangkang najib pulak. Nak turunkan Najib mcm-mcm cara dia buat..keluar umno lah..tubuh parti baru lah..deklarasi rakyatlah, tapi setakat ini belum berjaya. Tun pun tak sabar tunggulah pru 14 dulu ikut peraturan perlembagaan. Kesimpulan orang politik ni sama jer..rakyat yg naik kan mereka.. terpulanglah kpd rakyat..rakyat kena bijak menilai rencana yg ditulis dan memilih pemimpin kerana pemimpin tidak boleh memberikan kekayaan kpd semua rakyat..tetapi rakyat boleh membuatkan seseorang pemimpin menjadi kaya...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kematian carlos anak musa rupanya tidak menjadikan beliau merenung sejenak akan kuasa Allah.
    Highland towers menyimpan sejarah carlos. Cukup la musa,anda sudah GAGAL.

    ReplyDelete
  4. Musa hitam nak dpt publisiti buka cerita lama yg rakyat tK bole nak tau ceritanya benar atau rekaan. Kenapa tak cerita apa yg bahus utk rakyat contohi.

    ReplyDelete
  5. terbaik Tun..kita tunggu Musa jawab.

    ReplyDelete
  6. “Saya bersedia bersumpah di atas Al-Quran yang dia melakukannya,” kata Dr Mahathir

    Pencacai ada berani? Musa Hitam? Longlai Lembik macam Najib gak!!!

    ReplyDelete
  7. Musa Puteh... mana boleh. Tetap Musa Hitam . Biar lah yang Hitam menjadi Hitam mana lah boleh jadi Puteh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com