innity

pages

Sunday, August 21, 2016

BERSATU tetap syarat, ahli perlu bersumpah


KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.

Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.

"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.

"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.

9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.

Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.

Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi. - SH

8 comments:

  1. Semua PM yg terdahulu bersumpah..hakikatnya adakah mereka melaksanakan tugas seiring dgn sumpah yg dilafazkan?..tak siapa yg tahu hanya pelaku yg bersumpah dan Allah yg tahu. Tak perlu lah perkataan sumpah dan bersumpah di buat permainan untuk mencapai cita-cia politik. Sekiranya jujur..jujurlah..apa nak takut apa orang lain kata..kerana perkara mcm ni lah rakyat jadi pecah belah..orang pokitik sendiri yg pecah belahkan rakyat untuk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  2. sumpah madey kutty kerala ... masih perasan suci murni ... hati hitam legam ... pooorahhh go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies


    1. Kalau keturunan dia asalnya dari Kerala pun aku rasa dia lebih bersih dan jujur daripada keturunan kau yang entah dari mana asal usulnya.

      Sekurang-kurang dia menentang perbuatan menyamun, mencuri, menipu dan putar belit makhluk yang menjadi ketua idola kau tu.

      Jelas daripada komen yang kau tulis, hati kau jauh lebih hitam dan jijik daripada hati dia.


      Delete
  3. TU JER..ORANG PAS SUMPAH CERAI BINI PUN LANGGAR SEMACAM JER....

    ReplyDelete
  4. Ini baru betul!!!

    Korupsi adalah merupakan satu jenayah yg tidak boleh di kompromi dan bertolak ansur.

    Korupsi tidak dibenarkan samada di sisi agama mahupun kehidupan masyarakat.

    Korupsi menyebabkan negara hancur.

    Bersekongkol, bersyubha dan berkhalwat dengan korupsi juga diharamkan.

    Menyokong pentabiran dan pemimpin korup juga diharamkan, cuba tanya mufti2, agamawan dan ostat2 najib yg bisu.

    Adakah rakyat dan negara ini tidak boleh membezakan haram dan halal?

    Kenapa negara kafir (harbi kata penyokong parti najib) mengisytiharkan ianya satu jenayah? Kenapa pemimpin bamgsa kafir meletak jawatan hanya sekadar desas desus? Khabar angin? Kenapa ada yg membunuh diri?

    Cuba fikirkan wahai rakyat marhaen...bagaimana masa depan anak2? Cucu2? Agama? bangsa? dan negara? ini jika mempunyai pemimpin korup?

    Tahniah san syabas kepada pemimpin parti bersatu mengambil tindakan berani!

    ReplyDelete
  5. Terdapat satu klausa menarik dalam perlembagaan parti bersatu, pemimpin hanya boleh berkhidmat untuk tiga penggal, mohon singkatkan kepada dua lenggal sahaja!!!

    ReplyDelete
  6. Berapa banyak punya sumpah dah...akhirnya jadi sesumpah

    ReplyDelete
  7. Porah! sekarang baru nak cakap fasal basmi rasuah. Dah cekaw berbilion untuk kaum kerabat dan kroni sampai hari ini tak habis2 makan. Keling ni kalau tak putaq mesti pekena todi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com