innity

pages

Thursday, August 18, 2016

(BENCIKAN NAJIB) TAPI Kenapa Perlu Tubuh Parti Baharu? Tun M JELASKAN


KENAPA PARTI BAHARU? (Versi BM)

1. Saya berasa terkejut apabila ramai yang bertanya mengapa parti baharu perlu ditubuhkan. 

2. Perkara ini tak akan berlaku sekiranya parti dominan dalam pakatan kerajaan memainkan peranan mereka dan menegakkan objektif penubuhannya sendiri ataupun yang masih mirip dengannya. 

3. Pada awalnya, ketika cadangan penubuhan parti baharu untuk bertanding menentang UMNO dibuat, ianya ditolak kerana kami masih berharap sekiranya Najib berhenti menjadi presiden, UMNO mampu dibangkitkan semula dan memperolehi sokongan rakyat. Barisan Nasional masih mampu membentuk kerajaan Malaysia.  

4. Namun hari berganti hari, idea ini semakin tidak mampu dicapai. Antara sebabnya ialah kesalahan yang dilakukan oleh Najib telah menjadi semakin serius dan terbuka. 1MDB bukan sahaja kehilangan berbillion ringgit, tetapi ianya juga tidak mampu membayar hutang-hutangnya sendiri. Kemudian, terbongkar pula rahsia bahawa Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya. Perdana Menteri Malaysia tidak sepatutnya memilik wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya walau dengan apa cara sekalipun. 

5. Kemudian, kita dapat lihat bahawa Najib mempunyai cengkaman yang menyeluruh ke atas UMNO. Apa-apa kritik ke atas pemerintahannya tidak akan diterima. Mereka yang mengkritik akan dibuang dan pemimpin yang lebih akur akan dilantik. Mereka semua sepertinya mempunyai tanggungjawab ke atas najib tidak kiralah kesalahan apa pun yang beliau lakukan. Undi hilang kepercayaan kepadanya menjadi mustahil. 

6. Satu kultus personaliti diwujudkan agar Najib tidak boleh dilawan atau dijatuhkan. Tiada apa lagi yang lebih penting kepada UMNO, terutama sekali ahli parlimen UMNO. 

7. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kepimpinan UMNO tidak akan berubah dan UMNO tidak mampu untuk bangkit semula. 

8. Disebabkan semua ini, idea penubuhan parti baharu bukan sahaja menjadi tarikan bahkan juga menjadi satu keperluan. 

9. UMNO merupakan parti berasaskan kaum. Sehingga tahun 2004, parti ini telah berjaya mendapat sokongan semua kaum menerusi pakatan bersama parti berasaskan kaum yang lain. Menunjukkan bahawa BN sendiri dibentuk oleh parti-parti berasaskan kaum. 

10. Mungkin Penduduk bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi berasakan bahawa politik kaum tidak sejajar dengan perkembangan masa. Tetapi perkara ini berbeza dengan kawasan kawasan lain. Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya hidup dalam kesusahan, kaum bukan hanya penting, tetapi dipegang sebagai satu keperluan bagi memastikan kesejahteraan mereka. UMNO menjadi popular kerana ianya merupakan parti berasaskan kaum. 

11. Sekiranya parti baharu ini ingin bertanding dengan UMNO, parti ini perlu menyediakan keselesaan berbaur perkauman kepada rakyat bandar dan luar bandar sepertimana yang dilakukan oleh UMNO. 

12. Walaupun begitu, parti baharu ini tidak boleh dihadkan untuk Melayu sahaja tetapi harus dibuka keahliannya kepada semua Pribumi - Bumiputera. Malahan ianya bersedia untuk menerima Bumiputera dan Bukan Bumiputera sebagai ahli bersekutu. 

13. Saya telahpun menjalankan kajian ke atas nasib parti parti yang mencapai kemerdekaan di negara negara luar. Kebanyakkannya telah pun dibubarkan. Mereka kalah menentang parti-parti yang baharu ditubuhkan kerana kebiasannya mereka lupa asas penubuhan parti dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

14. UMNO telah bertahan terlalu lama. Tetapi di bawah Najib, parti ini telah berterusan melupai tentang tujuan penubuhannya. Najib telah membawa malu sejak memegang kuasa. Seluruh dunia memandang rendah terhadap Najib kerana menjadi Menteri Kewangan Malaysia paling teruk dan segala salahlaku yang dilakukan olehnya

15. Hanya parti baharu saja yang boleh mengembalikan kegemilangan negara kita sebelum ini. Parti baharu akan memberikan perhatian kepada perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia. Kita telah mencapai kemajuan. Orang kita lebih berpendidikan, budiman, persepsi dan aspirasi mereka telah berubah. 

16. Parti baharu akan mengembalikan semula demokrasi, kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna oleh Najib. 

17.  Pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman akan dimuliakan. Sebagai tambahan, khidmat perundangan yang diwakili oleh Peguam Negara akan dipisahkan daripada Badan Kehakiman. Peguam Negara tidak boleh menghukum atas laporan yang dibuat kepada pihak polis melainkan terdapat kekacauan terhadap laporan atau laporan tidak relevan. Namun begitu, Peguam Negara perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai dan bukan hanya mengatakan tidak ada kes untuk dijawab. Pastinya Peguam Negara tidak boleh meletak sesuatu laporan di bawah Akta Rahsia Rasmi. 

18. Sebarang rasuah yang diragui mesti disiasat dan laporan dibuat secara awam. Semua pegawai kerajaan Malaysia perlu dilihat untuk hidup mengikut kemampuan mereka. Ini termasuklah anggota Kabinet. 

19. Para pemerhati luar negara perlu menyelia pilihanraya dan mempunyai akses/capaian penuh terhadap operasi pilihanraya, baik Kerajaan mahupun Pembangkang. 

20. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dianggotai oleh anggota Bukan Kerajaan. Kesemua transaksi hendaklah dibuat dengan telus. 

21. Pinjaman oleh Kerajaan tidak boleh melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Parlimen. Jaminan oleh Kerajaan hendaklah dianggap sebagai pinjaman oleh Kerajaan. 

22. Ini semua adalah sebahagian daripada perjuangan parti baharu. Ianya akan berjuang untuk menambah baik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Parti ini akan cuba untuk mengembalikan penghormatan dan sanjungan terhadap bangsa Malaysia di mata dunia. 

23.  UMNO tidak boleh lakukan semua ini lagi. Inilah sebabnya mengapa parti baharu perlu ditubuhkan. 

24. Kami bercita-cita untuk berkhidmat kepada rakyat. Kami berdoa agar rakyat membantu kami untuk mencapai aspirasi sebagai pulangan buat rakyat Malaysia.

http://chedet.cc

4 comments:

  1. Tahniah tun m

    Amin ya allah syukur

    ReplyDelete
  2. Tun you're our hero, our savior
    Down with jibbo, he's a big liar!

    ReplyDelete
  3. Tun M, bila buat penjelasan, senang kita nak fahami. Najib pulak, entah ape-ape, lain ditanya, lain yang dijawab.Najib must go!

    ReplyDelete
  4. betul Tun..ringkas dan mudah penjelasan.. tak payah menjerit terpekik terlolong tak tentu arah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com