innity

pages

Tuesday, August 30, 2016

Bapa wakil rakyat DAP minta wang jika mahu dapatkan rumah: Gerakan


GEORGETOWN, Selasa – Satu klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri di Pulau Pinang membabitkan bapa seorang wakil rakyat parti rasis dan cauvinis DAP, didedahkan kepada umum, semalam.
Klip video berkenaan direkodkan tahun lalu menunjukkan bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Lim Siew Khim – Lim Kiat Seong, 68 – bersama orang tengah melayan aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran, namun tidak mendapat rumah itu.
Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap, kata Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
Sehubungan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang digesa tampil menyatakan kepada umum sama ada terdapat kaedah bagi permohonan segera untuk unit rumah kos rendah.
“Kami berharap pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Jagdeep Singh Deo akan menjelaskan perkara berhubung amalan rasuah dalam mendapatkan sebuah rumah kos rendah,” katanya
Sementara itu, Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.
Katanya, dia kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah. - ismaweb

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com