innity

pages

Friday, August 26, 2016

[BANGSA JOHOR KAYA] Sultan Johor MENANG BIDA plat ‘V1’ pada bidaan RM989,780


PUTRAJAYA, Jumaat – Selepas memenangi bidaan untuk nombor plat ‘F1’ bulan lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi mengulangi kegembiraannya setelah memenangi bidaan untuk nombor plat ‘V1’.
Bidaan pada harga RM989,780 itu adalah yang tertinggi pernah dibuat oleh baginda bagi mendapatkan nombor plat, lapor portal automotif paultan.org,
Bagi plat ‘F1’ yang dimenanginya terdahulu, Baginda membida nombor kenderaan itu dengan nilai RM836,660.
Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, nombor pendaftaran berikutnya di bawah awalan “W 1 A” akan dihentikan, berikutan pengenalan siri nombor V plat.
Nombor plat ‘V’ adalah satu siri baru bagi kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur.
Siri nombor plat ‘F’ adalah untuk kenderaan yang berdaftar di Putrajaya.
Sultan Johor sebelum ini, juga berjaya membida nombor kenderaan W1N bernilai RM748,000 pada 2014 dan WWW1 dengan bidaan RM520,000 pada 2012. - ismaweb

Sultan Johor juga menang bida nombor F1 sebelum ini

Sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan‎ Iskandar juga memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1, nombor baharu bagi Putrajaya.

Baginda membida nombor kenderaan itu dengan nilai RM836,660.

Keputusan itu menyenaraikan "DYMM Sultan Ibrahim" sebagai pemenang nombor pendaftaran F1.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan sebelum ini, menyatakan menerima sebanyak 11,683 tempahan bagi nombor pendaftaran siri F.

Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 14 Jun lepas.
Sultan Johor sebelum ini, juga berjaya membida nombor kenderaan W1N bernilai RM748,000 pada 2014 dan WWW1 dengan bidaan RM520,000 pada 2012. - Bernama


9 comments:

  1. Org perak cakap...biar "pape asei berghaye...."

    rakyat johor takder harta, takder wang ringgit, takper...yg penting, bangsa johor boleh bermegah dan terharu dengan plet no kereta V1 dan F1.

    bangsa johor patut buat kenduri kesyukuran.

    Hidup johor!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bodoh aje yg ingat semua rakyat johor bermegah dol.Dah sultan hobi dia macam tu,rakyat johor boleh buat apa?Ko nak suruh rakyat johor bangun memberontak ke apa?Renti2kanlah perangai dengki-mendengki,busuk ati ni.Tipikal Melayu.

      Delete
    2. Komen ni kelakar. I like.

      Delete
    3. Orang bodoh aje yg ingat semua rakyat johor bermegah dol.Dah sultan hobi dia macam tu,rakyat johor boleh buat apa?Ko nak suruh rakyat johor bangun memberontak ke apa?Renti2kanlah perangai dengki-mendengki,busuk ati ni.Tipikal Melayu.

      Delete


  2. Semoga bangsa Johor bangga, bahagia, sejahtera, puas hati dan kenyang perut dengan nombor-nombor plet tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ni pun kelakar. I also like.

      Delete
  3. Hehehe,geng payung kuning strike again..
    Aku dh ckp tak ada satu kebaikan pun org melayu duk pelihara geng payung kuning ni..

    ReplyDelete
  4. sakit hati ke...jibun tak share 2.6bil kat jing jibo ke...

    ReplyDelete
  5. Asyik beli nomborrrr je kejanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com