innity

pages

Thursday, August 11, 2016

BANCIAN Sinar Harian: 36% Akan UNDI Parti BERSATU pada PRU14, HANYA 9% akan UNDI BN, 28% Undi PAS, 27% Undi Pakatan


SHAH ALAM - Parti Bersatu menjadi pilihan popular dalam kalangan pembaca Sinar Harian selepas 24 jam bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kelmarin untuk penyerahan borang pendaftaran parti itu.

Menerusi bancian bertajuk 'Parti Mana Mampu Pikat Sokongan Anda menjelang PRU14?' yang diadakan Sinar Harian kelmarin menerusi portal www.sinarharian.com.my selama sehari, parti baharu itu berjaya mendapat undian tertinggi.

Sehingga jam 4 petang semalam, Bersatu meraih 36 peratus undian atau mewakili 1,356 undi mengatasi parti-parti lain.
Pas berada di kedudukan kedua dengan 28 peratus atau 1,072 undi dan diekori rapat oleh Pakatan Harapan dengan 27 peratus atau 1,030 undi.

Manakala, BN mendapat undi paling sedikit iaitu sembilan peratus atau 342 undi.

Jumlah keseluruhan undian bancian tersebut adalah 3,800.
Bancian sekadar melihat trend kecenderungan pembaca dalam menganalisis, berinteraksi dan melibatkan diri dalam menilai perkembangan semasa dunia politik tanah air.  

Bersatu dilapor akan dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad, manakala Muhyiddin dinamakan sebagai presiden.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal menjawat jawatan timbalan presiden. - SH

21 comments:

  1. Nk tau knp Parti bersatu peratus tinggi?sbnya rakyat tk suka Parti yg pemimpinnya takut bini tkda telor. Setakat mkn rasuah Tu boleh terima LG tp kalau dah smpi tahap takut bini mcm mana nk JD pemimpin?sekadar pendapat je....jgn marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju anon 3:27, kalau najib resign Dr awal LG tkkan JD mslh mcm sekrg. Kita sebenarnya tkda mslh dgn kerajaan,kabinet,umno Dan BN. Sesiapa ganti najib pun Kita tk kisah SB manusia tk sempurna mesti Ada kekurangan dan cacat cela yg penting pemimpin Tu yg boleh kerja Dan jaga agama Islam serta org melayu. Tp kerana najib degil inilah jadinya skrg.

      Delete
    2. Degil disulam bersama Sombong diikuti pula Selamba-Badak.....dapatlah kita si Bugis Lanun tahap World Class except the recognition as reknown throughout the world not for its good (sadly though Malaysia was highly respected before 1MDB-SRC shit fiasco) but......you know the drift, right?

      crew mln

      Delete
  2. Insyallah BERSATU..gemilang..amin

    ReplyDelete
  3. Itu belum lagi kira pengundi yang bukan pembaca Sinar Harian. Kalu ditambah denagn pengundi lain saya percaya peratus yang diperolehi BERSATU memang lebih tinggi!

    ReplyDelete
  4. Betul...

    8 pengundi berdaftar dlm keluarga kami yang sebelum ini undi BN akan undi BERSATU. In sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 28 PENGUNDI DALAM KUARGA AKU AKAN UNDI BN.

      Delete


    2. 4.40

      28 jer ke?

      Kalo tak silap aku dalam kuarga ko tu ada 280 undi kan.. Kan...


      Delete
    3. 7.56 tu pun doh majriti 20 lebih dari 6.37.

      Delete
  5. Betul...

    8 pengundi berdaftar dlm keluarga kami yang sebelum ini undi BN akan undi BERSATU. In sya Allah

    ReplyDelete
  6. puak2 kafir DAP PKR RBA adalah golongan paling gembira dgn penubuhan BERSATU...dan sebelumnya PAN... situasi yg lebih menonjolkan kebebalan melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul juga cakap ko ni.Pas berpecah kepada pan,melemahkan pas adalah hasil tahalluf siyasi bodoh pas dengan dap.

      Bila pas berpecah,umno nampak kuat kerana saingan utamanya sudah lemah.Walhal umno juga dalam keadaan yg lemah ,cuma mungkin orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa memilih umno pada pru13 lalu kerana bencikan dap dan parti2 sekutunya yg lemah(esp pas yg dilihat jadi alat dap).

      Tapi pada pru14 nanti keadaannya adalah berbeza.Sekiranya pas bersetuju untuk bekerjasama dengan parti2 pembangkang lain,maka pertandingan 1 lawan 1 akan berlaku.Kalau bersatu diberi peluang berhadapan dengan umno,ada harapan umno akan kehilangan banyak kerusi,mungkin sehingga lebih 30% kepada bersatu.Kenapa umno boleh kalah.Aku kira ini disebabkan pertentangan golongan muda dan tua.Golongan muda majoritinya menolak najib dan skandal 1mdbnya.Tambah2 lg dengan penyertaan pengundi2 baru yg akan memasuki 'gelanggang' untuk pertama kalinya.

      Tapi aku jangkakan pembahagian kerusi sesama parti pembangkang adalah sangat sukar kerana kawasan tradisi pas akan bertindan dengan pan.Jadi akan berlaku pertandingan sekurang2nya 3 penjuru di situ.Ini menguntungkan umno.

      Jadi dimana kawasan bersatu boleh bertanding?Mungkin kawasan2 kubu kuat umno yg mempunyai majoriti besar dan sederhana.

      Aku ringkaskan disini,memang akan berlaku perpecahan dikalangan parti2 Melayu tapi sebenarnya menguntungkan umno kerana berlaku pecah undi dikalangan pembangkang sekiranya gagal bersepakat dalam pembahagian kerusi.Tapi sekiranya pembangkang terutamanya pas berjaya mengenepikan ego masing2,umno akan menghadapi masalah besar terutama apabila berhadapan dengan bersatu.

      Cuma harapan aku pada bersatu janganlah dibawa pemimpin2 pembangkang lain duduk sepentas esp lim kit siang n the gang.Jadilah sebuah parti Melayu bayangan umno tapi dalam konteks yg positif tanpa skandal dan korupsi.Kerjasama secara langsung dengan dap adalah a big no kepada bersatu sekiranya tidak mahu menerima kekalahan teruk kepada umno seperti yg berlaku di prk sg besar dan k kangsar yg baru lalu.

      Pemimpin2 utama bersatu sepatutnya sudah nampak trend pengundi2 Melayu terutama pengundi2 luar bandar yg sangat anti dap.Jangna dicuba2 untuk mengubah stereotype pandangan negatif orang Melayu terhadap dap yg memang sangat benar pun.

      Delete
    2. Tolong BEBALkan diri sendiri sebelum membebalkan orang lain....kita berhempas pulas membantu di Teluk Intan, Rompin.....segelintir melayu yang bodoh ada ramai sagat di SB dan KK dan kebanyakan disarang UMNO....apabila pencurian dan songlap dan penipuan dari 1MDB, KWAP, SRC Intl di ikuti dengan salah-guna kuasa kepada AG-AGC, PAC, MACC, PDRM-SB dimana Timbalan Perdana Menteri pun dicantas nya.....melayu bodoh-degil macam kamu jer terus sokong si PENYAMUN BUGIS LANUN!!!!

      Delete
  7. Anak kecil main api.....akibat sengketa sesamalah kita..bumi dipijak..milik orang.....masa depan sunggu

    ReplyDelete
  8. nak tau kenape BN paling rendah..sebab penyokong die xbaca surat khabar pun..tggk tb1 ngan tb3 jee

    ReplyDelete
  9. bersatu sangat lah.....pecah belah kan melayu adalah....bangga lah tu....ikut telunjuk dap.
    ni lah melayu paling bodoh dan bangang...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Siapa bodoh siapa bangang la dina oooiii.

      Kalau dah banyak mentedarah dedak dengan ketum jadi macam kau ni lah.


      Delete
  10. BUAT BANCI KAT LUBOK PEMBANGKANG.CUBA GI BUAT BANCI KAT LUBOK PAS PULA TENTU PAS DAPAT TEMPAT TERATAS LEPASTU CUBA PI BUAT BANCI KAT FELDA TENTU UMNO DAPAT MARKAH TERTINGGI.APO2 PUN TUNGGU PRU 14 NANTI KITA KELIH TENGOK SIAPA YANG TUBOH KERAJAAN.AKU PASTI DAN YAKIN BN TETAP BERADA DI PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  11. PRU nanti BN akan hilang 2 undi dr famili ak...hidup BERSATU....

    ReplyDelete
  12. ala... kenapa aku x mengundi.. kalau saya n keluarga mesti lah pilih tun. bukan sebab dia orang lama tapi nampak dia lah yang bolih tolong negara atasi krisisi yanag makin melanda,, dan najib harap keluar dari negara, hanya orang bugis jer nk terima dia.. ,maaf saya nak macam dahulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com