innity

pages

Thursday, August 25, 2016

Badan Peguam Malaysia fail semakan kehakiman kali ketiga terhadap keputusan Peguam Negara BERSIHKAN PM


KUALA LUMPUR, Khamis – Badan Peguam Malaysia membuat permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara membersihkan perdana menteri daripada kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Ianya adalah permohonan kali ketiga untuk mencabar keputusan peguam negara.
Di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Badan Peguam menyatakan bahawa semua individu adalah sama di sisi undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Sehubungan itu, Badan Peguam berkata, mereka harus bertanggungjawab di bawah undang-undang.
Selain itu, ia turut menyatakan bahawa 1MDB melibatkan wang pembayar cukai dan disokong oleh jaminan kerajaan.
“Atas sebab ini, kami mempunyai kepentingan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh peguam negara kerana skandal 1MDB “melibatkan dana awam yang hebat dan tidak pernah didengar di negara ini”.
“Najib mungkin mempunyai konflik kepentingan kerana beliau juga adalah menteri kewangan dan pengerusi penasihat lembaga 1MDB,” hujah mereka.
Dalam masa yang sama, Badan Peguam turut menegaskan bahawa Apandi juga mungkin bertindak di dalam konflik apabila membuat keputusan membersihkan Najib dan menasihatkannya agar tidak memberi jawapan di parlimen.
“Siasatan oleh agensi-agensi asing di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Luxembourg juga hebat dan tidak pernah didengari.
“Laporan mengenai masalah 1MDB adalah satu kes salah laku yang besar dan terang-terangan dan ia mempunyai refleksi dahsyat di Malaysia,” Badan Peguam Malaysia memberitahu mahkamah.
Mereka berkata, bagi sebab-sebab ini, mahkamah perlu memberi kebenaran kepada mereka supaya permohonan penuh semakan kehakiman boleh didengar berdasarkan merit. - ismaweb

1 comment:

  1. Badan Peguam Msia blk office telan air liur sajalah ataupun pergi minum espresso Kat cafe...kerja sia2 selagi najib pegang kuasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com