innity

pages

Wednesday, August 3, 2016

[AZWAN BRO LAWAN BALIK KJ] Laporan polis mewakili suara Pemuda UMNO: Azwan Bro

Khairul Azwan Harun hari ini mengadakan sidang media untuk menjelaskan kedudukan beliau dalam dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia. - Gambar Astro AWANI

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini menegaskan laporan polis wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro turut berkata telah menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

"Kami telah membuat laporan polis itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab jadi kami buat laporan tersebut.

"Hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan daripada polis saya ambil pendekatan mudah. Terbaik buat laporan polis daripada ambil tindakan sendiri, saya mengajak rakyat Malaysia jika  ada keraguan atau kegusaran kita buat laporan polis. Saya ada asas untuk membuat laporan polis," kata Azwan Bro.

Beliau turut berkata Pemuda UMNO tetap tekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab mempertahankan Perdana Menteri dan Presiden parti.

"Saya ingin berpesan jika kamu menyerang Datuk Seri Najib bermakna kamu menyerang UMNO dan BN. Dan jika kamu menyerang UMNO dan BN kami akan balas.

"Kami akan memastikan tanggungjawab dan amanah untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dibuat dengan apa cara sekalipun (at any cost)," ujarnya. 

Beliau berkata demikian di sidang media di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Centre Point di sini petang tadi.

Azwan Bro membuat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi di Kuala Lumpur yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Presiden Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan laporan dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu sebagai satu konspirasi menjatuhkan kepimpinan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abdu Bakar baru-baru ini berkata dakwaan yang dibuat Azwan Bro hanyalah andaian semata-mata. - astro awani

15 comments:

  1. Apa lagi, buka la. Kertas sisatan utk siasat semua yg didakwa dan mendakwa. Pihak yg dituduh pun jgn berdiam. Minta lawyer saman supaya kes ini akan disiasat semula dan dibicarakan.

    ReplyDelete
  2. muka daun ketum, ada hati nak membela Niajib..

    Caj paking mahal, harga ayam mahal apa hang buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sidang akhbar cakap lah saya bukan kami.

      Delete
  3. perkataan paling bodoh dan trending sekarang "RUJUK PADA LAPORAN SAYA"

    NAJIB MAKAN DUIT 1MDB, JWP: RUJUK PADA LAPORAN SAYA
    KJ DAN PEMUDA UMNO BODOH, JWP: RUJUK PADA LAPORAN SAYA
    ADAKAH AZWAN BRO CIBAI? JWP: RUJUK PADA LAPORAN SAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kata org bodoh..sebodoh bodoh dia org pun ada jawatan dlm pertubuhan dan ada penyokong. Biar jerlah dia org berpolitik sebab dia org ada bakat kepimpinan.

      Delete
  4. jawapan mcm bangkai... rasa nk tempeleng je

    ReplyDelete
  5. Media bontot najib
    Sibuk kacau wet land selangorputarbelitkan fakta

    Bodoh tv3...bankrap la kau

    ReplyDelete
  6. Budak Ni nk Cari instant glamour supaya najib masukkan dia dlm kabinet Dan future calon MP dlm PRU nanti. Itu saja modus operandi dia.

    ReplyDelete
  7. Jilat bro...jangan x jilat...

    ReplyDelete
  8. Satu Tan Sri saman 1juta, 3 Tan Sri jadinya 3juta, budak Ni nanti lari tk cukup tanah. Pak najib jugak yg kena bayar saman.

    ReplyDelete
  9. Muka dah pucat lesi masa PC. Gila budak khairul ni susah nak dibendung. Kesian mak ayah dia ada anak macam dia ni. Bodoh tahap maksima.

    ReplyDelete
  10. kalau ada maklumat lapur kepada polis ada lah tepat. takkan nak tunggu pulak!
    hanya pengecut jer yang tak buat apa2.
    skrg tunggu jer kalau seTan Sri 3 ekor tu nak ambik tindakan ke tak. setakat ini depa senyap sunyi.
    polis pun tunggu dan lihat saja. syabas azwanbro!

    ReplyDelete
  11. 3 Tan Sri tu profesional mat. Adooiii... patriotik tak kena gaya mamat ni.

    ReplyDelete
  12. nasihat buat protun yg sokong sgt madey kutty ... daripada melalak buang masa dok cerita pasal 1MDB yg madey kutty pun sendiri cakap dgn jelas yg dia takda bukti .. lebih baik fokus sokong madey segerakan penubuhan parti ... jgn melilau melalak lagi ... madey kutty dah habih akal nak topple PM period ! muktamat ! ... hanya dgn gabungan parti madey baru dan pembangang jer boleh cuba kalahkan BN pada PRU14 .. seperti setiap PRU sebelum ini ... usaha tanda kejayaan .. kipidap .. dongibab .. or else go fly kite lorrr!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku x nampak plak kaitan artikel atas dan repot polis tu dgn Tun mahathir.yang ko tetiba melalak terlolong pasal Pro Tun la, gabungan parti la,bukti la dll. ni pasal apa ni?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com