innity

pages

Sunday, August 21, 2016

Amaran Majlis Kerabat Diraja Kedah: Agong BUKAN PENTADBIR, kenapa Libatkan dia

Datuk Nawawi Ahmad tidak sepatutnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan istana dalam kemelut Malaysian Official 1 yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.
Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah Syed Idrus Syed Baharom berkata institusi berkenaan tidak wajar dipermain-mainkan.
"Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah (negara) dan baginda bukan pentadbir. Justeru mengapa kita libatkan dia?" katanya di sidang media di Alor Setar hari ini.
Pada 17 Ogos lalu Nawawi melalui tulisannya di media sosial mencadangkan individu dirujuk DOJ sebagai Malaysian Official 1 dalam saman sivil mereka untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1 bilion adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Tulisan itu kemudian disunting beberapa jam kemudian.
Pada 20 Ogos Sinar Harianmelaporkan Nawawi sedia memohon maaf jika titahkan begitu oleh Agong.
Bagaimanapun Nawawi berharap dia tidak perlu berbuat demikian kerana beranggapan tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Kalau nak mohon maaf, saya mestilah bersalah. Tapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa.
"Tapi kalau kepada Tuanku (Sultan Kedah) saya salah atau tidak tapi kalau dipanggil, saya menghadap dan memohon maaf. Kerana Tuanku saya letakkan nombor satu," katanya.
Syed Idrus berkata ramai yang tidak kenal siapa Yang di-Pertuan Agong dan alim ulama namun semuanya hendak dikaitkan dengan kemelut berkenaan.
"Ini amaran keras kepada semua rakyat dan kami tidak mahu dengar lagi perkara sedemikian," katanya seperti dilaporkan Berita Harian. -Mk

4 comments:

  1. Kalau majlis kerabat Dan agung ada telor,ambillah tindakan tunggu apa lagi jgn pandai ckp je..ini dah dikira rakyat menderhaka pd raja.

    ReplyDelete
  2. Untuk menentukan bersalah atau tidak bukan dia sendiri. Itu kuasa mahkamah menentukan. Tertanggung ke atas bahunya menjawab kpd mahkamah.
    Jln terbaik heret dia ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Amaran jer??? MO1 clearcut has go against the principle of governance in the country, no action by the Agong. Not even to give a a consideration to Citizens' Declaration now, an MP has attempted to even get the Monarchy into the same mess, rather shit of 1MDB and 2.6 Billion donation and SRC International 42 Million corruption....all because of 1 DAMN BUGIS-LANUN!

    ReplyDelete
  4. Ini nawawi minta letak jawatan ajelah....takder maruah dan berbelit belit, beginikah wakil rakyat parti najib?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com