innity

pages

Monday, August 8, 2016

[ADUN PAS PERTIKAI RIBUT DALAM CAWAN] Demonstrasi Sokong MB Depan DUN Terengganu hari ini



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah melahirkan rasa terkejut dengan demonstrasi sekumpulan penyokong Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, hari ini.

"Saya ke persidangan Dun pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab daripada Allah dan rakyat.

"Terkejut, bila sampai di ruang dewan, kelihatan kain rentang tertulis 'kami sokong Ahmad Razif',"
ujarnya menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenapa demo itu dibenarkan di ruang dewan?

Katanya, apa yang hendak ditakutkan sehingga terpaksa dibuat banner kepada semua penyokong Umno BN dan Adun-Adun BN yang mahu masuk ke dalam dewan.

Bagi Ketua Penerangan PAS negeri itu, pelik sungguh, takut kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sampai begitu sekali.

"Kata OK tak ada apa-apa perbalahan, ribut dalam cawanlah, berbalah adik-beradiklah, teruk pergolakan dalaman kalau macam ni,"
ujarnya lagi.

Sidang Dun Terengganu hari ini yang berlangsung sehingga tengah hari berjalan lancar tanpa sebarang 'kejutan' sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu.-HARAKAHDAILY 8/8/2016

2 comments:

  1. Air dlm cawan tu panas ustaz.

    ReplyDelete
  2. PUAK2 MUNG PUNG PERNAH BUAT PERKARA YANG LEBIH TERUK DARI TU SUATU MASO DULU,LONING JAH NAPOK CERDIK SIKIT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com