innity

pages

Friday, August 5, 2016

7 syor TMJ kepada FAM: Presiden FAM tidak dari keluarga diRaja, GUGURkan Presiden, Exco FAM Sedia Ada


TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menggariskan tujuh syor yang dikemukakannya dalam pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkaitan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Melalui akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers, beliau berkata, cadangannya itu ingin dikongsikan dengan penyokong bola sepak tanah air.

Berikut tujuh syor yang digariskannya :

1. Presiden FAM tidak sepatutnya datang daripada golongan keluarga diraja, dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian. Beliau juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih.

2. Pengadil mesti mempunyai sebuah persatuan pengadil yang bebas dan dibiayai oleh kerajaan supaya mereka juga akan dibayar gaji seperti persatuan pengadil di luar negara. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang bentuk pilih kasih dan mengelakkan berlakunya campur tangan secara halus daripada pegawai-pegawai tertinggi FAM yang akan mempengaruhi mereka.

3. Presiden dan ahli Exco yang sedia ada mesti digugurkan. Ahli-ahli Exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara. Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang-orang yang berkebolehan.

4. Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala untuk memberi persoalan dan pertanyaan kepada FAM. Penyokong berhak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa-masa akan datang.

5. Untuk pasukan kebangsaan, kita perlu menggunakan khidmat jurulatih luar. Jurulatih dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik. Beliau juga perlu mempunyai pengalaman sebagai jurulatih kelab atau pasukan kebangsaan. Jurulatih tersebut mesti dibenarkan untuk membawa pasukannya sendiri dan melaksanakan apa jua yang telah dirancang.

Paling penting, beliau mesti diberikan masa untuk membuat perubahan. FAM tidak begitu berkembang sejak 30 tahun yang lalu dan saya percaya kita perlu berikan masa secukupnya dan ruang yang diperlukan oleh jurulatih baru tersebut.

6. Mesyuarat Exco perlu diadakan dan dilakukan secara penggiliran di setiap negeri dalam negara ini.

7. Semua pasukan yang bertanding perlu mempunyai program akar umbi, stadium dan pusat latihan sendiri yang akan diusahakan oleh kelab.

5 comments:

  1. Sulatan Ahmad Shah ada baca kaa INI semua.Dulu mahu jadi Presiden seumur hidup daah !!! Berani ke KJ bentang pd FAM ??? Takkan tak tau ikrab nya Najib Ros dgn kerabat Pahang !!!

    ReplyDelete
  2. Ampyn tuanku tmj
    Amin syukur

    Inilah sebenarnya yang peminat bola malaysia tunggu selama 30 tahun
    Perubahan

    Badan bebas dan profesional
    Bukan rasuah
    Bukan judi
    Bukan pilih kasih

    Maju dan cemerlang tmj

    ReplyDelete
  3. You are the man TMJ !!!

    ReplyDelete
  4. Kalau pemimpin FAM tak nak turun, kasi sama polis maklumt rasuah dan seleweng duit FAM selama berpuluh tahun tu.

    ReplyDelete
  5. Orang2 POLITIK yg ada kepentingan POLITIK pun jgn Benarkan ada dlm FAM..
    Kalau nak Sgt memajukan Sukan Negara,Letaklah jawatan dalam POLITIK sbb ditakuti dia akan MemPolitik Sukan utk meraih keuntungan peribadi & kroni..KLEPTOKRASI pulakkk lah Jadinya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com