innity

pages

Thursday, August 4, 2016

1MDB: Ke mana hilangnya ulama?

Oleh Raja Bahrin Shah
Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan juga tindakan kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini ke atas 1MDB.
Malah Majlis Raja-raja Melayu sejak Oktober 2015 lagi meminta isu 1MDB diselesaikan kerajaan, tanpa tindakan yang sepatutnya dari Datuk Seri Najib Razak.

Ulama Membisu 
Saya juga pernah menyoal fenomena membisu kebanyakan ulama tentang isu 1MDB. Setakat ini hanya seorang mufti negeri yang kehadapan bersuara tentang kemungkaran pemerintah.
Berkatalah pula Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria: “Peguam Negara sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB”.
Perlu diingat, selepas Tan Sri Abdul Gani Patail dipencenkan atas sebab kesihatan, walaupun beliau mengakui sihat dan segar, Peguam Negara sekarang secepat kilat mengisytiharkan Najib bebas daripada segala kesalahan dalam isu 1MDB.
Begitu hebatnya Peguam Negara sekarang. Dalam masa sama, laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mudahnya Mufti Perak Putuskan
Sangat mudah Harussani membuat kesimpulan dalam isu yang penting untuk negara ini. Bukankah Islam melarang daripada membuat keputusan tergesa-gesa tanpa kajian mendalam? Apakan lagi isu sepenting ini untuk negara.
Jika ulama kerajaan dan mufti membuat kenyataan hanya untuk mengiakan pihak kerajaan, tidak boleh disalahkan rakyat menyoal peranan mereka menegakkan kebenaran menurut Islam sebenarnya.
Sekarang pun ramai yang memandang golongan ini lebih sebagai penghias dan penyeri majlis rasmi sahaja.
Lebih menghairankan lagi kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Shukor Husin yang menyatakan: “Kita juga tidak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.”
Majlis Fatwa tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB. Ini menimbulkan soal tanda tanya adakah Majlis Fatwa berhasrat terus relevan dan memainkan peranan menyeluruh dan bermakna isu semasa untuk masyarakat Islam hari ini dalam suasana ekonomi global?
Mereka mesti mengubah sikap supaya menjadi terus relevan. Di mana usaha dan kesungguhan mereka memahami isu semasa?

Mufti Hanya Pakar Tentukan Tarikh Puasa?
Para mufti dan ulama kerajaaan janganlah kelihatan hanya untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya sahaja tetapi peranan mereka sepatutnya lebih luas.
Majlis Raja-raja Melayu membuat pendirian dengan inisiatif mereka meminta pandangan pakar sebelum menasihati kerajaan menyelesaikan isu 1MDB tahun lepas lagi.
Di mana kesungguhan Majlis Fatwa? Tidakkah boleh Majlis Fatwa juga mencari pakar luar atau jabatan kerajaan untuk memberi pandangan jika mereka betul-betul bersungguh-sungguh menangani isu ini?
Bukankah Majlis Fatwa sepatutnya menasihati Majlis Raja-Raja? Bagaimana hendak menasihati kalau raja-raja lagi jauh ke hadapan dalam kesungguhan serta inisiatif menangani isu semasa sementara Majlis Fatwa memberi berbagai alasan?
Perpatah Melayu berbunyi, “Kalau hendak seribu daya, kalau tidak seribu dalih!”
Ilmu agama sahaja tanpa kebijaksanaan dan inisiatif rujukan kepakaran bidang-bidang lain tidak cukup untuk menangani isu kompleks dunia hari ini.
Bukan tidak pernah ada ulama Malaysia yang bijaksana di era moden hari ini. Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah contoh cemerlang ulama bertaraf dunia. Beliau mengelilingi dirinya dengan pakar serta bijak pandai termasuk profesional dan dengan penuh bijaksana menangani isu semasa dengan baik.
Nik Aziz disegani ramai daripada kalangan kawan dan lawan. Kenapa para ulama serta mufti kita hari ini tidak boleh mengambil sikap yang sama tetapi memilih untuk duduk di bawah telunjuk pemimpin negara?
Rakyat sangat kecewa
Jika kebanyakan mufti golongan ulama kerajaan hanya ambil jalan mudah seperti terkandung dalam peringatan slogan surat menyurat kerajaan “Saya yang menurut perintah”, siapa pula yang akan menjunjung perintah Allah?
Nik Aziz menujukkan contoh kepimpinan ulama yang tegas dan berani untuk memimpin Kelantan secara Islam untuk lebih daripada 20 tahun.
Apabila ulama memilih membisu berhadapan dengan kerajaan zalim, ini akan menyebabkan kemusnahan masyarakat Islam. Mufti kerajaan kita hari ini hanya berani melontar kenyataan terhadap golongan minoriti sahaja seperti yang dilakukan mufti Pahang yang mengisytihar golongan tertentu di Malaysia kafir harbi.
Berhadapan dengan pemimpin berkuasa negara yang zalim, mereka tidak berani mengangkat muka pun dan terus diam membisu seribu bahasa.
Di saat umat Islam Malaysia mengharapkan kepimpinan dan ketegasan dari ulama dalam menghadapi kemelut masalah negara, mengapa ulama dan mufti kita hari ini kebanyakannya berdiam diri?
Berapa lama lagikah harus kita menunggu untuk golongan ini yang akan menunjukkan kepimpinan seperti Nik Aziz muncul?
Hanya ulama dan mufti sahajalah yang boleh memberi jawapannya. Saranan ini juga ditujukan kepada ulama parti pembangkang yang ingin memperjuangkan hak rakyat dan menentang kemungkaran. Nasihatilah kerajaan seperti yang dijanjikan. Itu pun kalau mereka masih mahu bangkit sedar dan peka rintihan serta derita rakyat hari ini.
Hanya pada Allah kita berdoa dan berserah.
Datuk Raja Bahrin Shah merupakan ahli Parlimen Kuala Terengganu.
-FMT

4 comments:

  1. Jgn lah kata mufti...maknanya semua mufti terlibat termasuk terengganu. Suruh mufti terengganu membuat fatwa dulu sebab itu negeri YB. Terlalu banyak pendapat..cadangan..usul
    mungkin arahan maka lagilah bercelaru fikiran rakyat..sekarabg ni mcm-mcm hal dan berita .. kuatkan usaha dan kerja dari bercakap...

    ReplyDelete
  2. Ahmad awang ni Syiah. Syiah dgn SWJ tak ngam. Boleh la sedap ngata hodoh pd ulamak SWJ. Hang pergi la muzakarah dulu dgn mufti baru steady.

    Soal penipuan 1mdb korang letak bwh mhkmh skular, polis tak lapor mklunmt pd mufti, AG, SPRM sikit pun tak share laporan dgn mufti ..apa yg mufti nak kaji? Dari Suratkhabr? Blog? Khabar angin? _.tp minta mufti buat fatwa ikut kehendak pembngkg. Kalu tak selari dgn selera korang, korang kutuk.

    Mufti gesa perkasakan undg2 syariah dgn luluskan rang undg mhkmh syariah tp korang senyap.

    ReplyDelete
  3. Harussani mulutnya bebuih dgn hadith2 juga jakim mufti2 dan ularmak2 sewaktu dgn mereka.Mereka pentingkan kedudukan dari berdakwah utk memupuk nilai2 murni yg terdapat dlm Al Quran utk memajukan melayu Muslimin.
    Saya setuju dgn Raja Bahrin tetapi tak dpt terima beliau mendewakan TGNA..TGNA bukan ulama tapi ahli politik.Apa hebat Kelantan era nya? Orang2 Kelantan hanya syok sendiri.
    Kerana politik didahulukan TGNA pernah melafaz kita boleh bersahabat dgn syaitan dan tuhan pun pernah mencarut !!! Al munafikun

    ReplyDelete
    Replies
    1. " MUFTI KERAJAAN NEGERI "

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com