innity

pages

Friday, July 29, 2016

[VIDEO] Sebak Semasa Berucap, Shukri pesan 'SPRM BUKAN TEMPAT SI PENGECUT'


Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada “anak-anak buahnya”.
3 Benteng SPRM telah dikeluarkan

Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam negara.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
“Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya yang membuatkan dewan suram.
Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.
Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed. - MK

5 comments:

  1. Yg tegak kebenaran di hapus
    Yg rasuah di bela.

    Mampus malaysia

    ReplyDelete
  2. Mana kebenaran...

    Allah turun bala bencana najib dan kroni jahat

    ReplyDelete
  3. Kalau berani kerana benar, letak la jawatan, bongkarkanlah semua salahlaku yang kamu tahu.... Jangan nak bersembunyi belakang pangkat yang kamu ada. Nampak sangat kamu pandai berlakon di depan umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesan kat jibun la ayat tu...

      Delete
    2. Bro..bukak mata la sket..dlm sejarah negara blom pernah bpr or sprm dikacau n dirombak sebegitu rupa..kalau tiada apa yg nak dirisaukan kenapa perlu bdn kjaan ni nak diganggu?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com