innity

pages

Wednesday, July 13, 2016

Video: Penyokong Felda,NS bergaduh 4 ditahan


MARAN: Empat penyokong Negeri Sembilan ditahan kerana dipercayai membelasah seorang penyokong Felda United selepas perlawanan Piala Malaysia di antara kedua pasukan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di kaunter D stadium berkenaan, pengadu bersama seorang rakannya diserang sekumpulan lelaki yang memukul belakang badan dan bahu kirinya.
“Pengadu juga dipijak di bahagian kepala sebelah kanan dan disepak di muka serta pinggang menyebabkan ada kesan lebam pada dahi sebelah kanan, pengadu juga sakit pinggang sebelah kanan.
“Semasa kejadian itu, rakan pengadu juga kehilangan duit, MyKad, kad ATM dan lesen memandu,” katanya di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, pengadu dapat mengecam suspek yang memukulnya selain ada rakaman dibuat oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menahan sebuah bas penyokong Negeri Sembilan di Plaza Tol Chenor. “Empat lelaki yang disyaki terbabit dalam rusuhan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia itu, Felda United menewaskan Negeri Sembilan, 3-1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com