innity

pages

Monday, July 11, 2016

[TAKUT KE?] UMNO Pulau Pinang TOLAK cadangan Kerajaan DAP adakan Pilihanraya Negeri


GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang menolak cadangan Kerajaan DAP negeri yang mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pendakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata cadangan itu langsung tidak masuk akal selain hanya akan membazirkan wang rakyat. 

Beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal biasanya akan dilakukan seorang pemimpin yang berhadapan krisis keyakinan terhadap dirinya.

"Adalah tidak wajar berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Guan Eng tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah. 


"Apakah ada kemungkinan Guan Eng merasakan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga perlu membubarkan DUN Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi. Zainal berkata, rakyat tidak sepatutnya diheret bersama masalah dan salah laku yang dilakukan Guan Eng. 

Katanya, jika kerajaan negeri berasa khuatir terhadap sokongan rakyat, mereka boleh melaksanakan kaji selidik yang dilakukan badan bebas.

6 comments:

  1. umno pp hanya tinggal pada nama..

    ReplyDelete
  2. Walaupun beliau ni salah seorang pembodek tegar Najib ,tapi dalam hal ni beliau betul,Guan Eng patut letak jwtn Seperi mana Najib juga patut letak jawatan.P pilihanraya tak seharus nya di jadikan bahan mainan politik sesuka hati.Memamng jika PR diadakan kemungkinan DAP menang cerah kerana faktor pengundi Cina ,Tapi itu tak bermakna Guan Eng tak salah

    ReplyDelete
  3. Bukan takut le Tuan. Tapi kalau dah sampai tahap kena dakwa kat mahkamah yang sebenarnya setel le dulu kes tu. Tak kiralah samada betul atau kononspirasi. Bukannya kena tuduh kat mahkamah rakyat semata-mata tapi tiada pendakwaan berlaku tapi bertindak macam manusia tu dah salah sangat dan perlu letak jawatan.

    ReplyDelete
  4. Buat tajuk macam berani sangat tapi isi, copy paste je. Berani apa macam ni, berani taik kucing? Bubuh la betul2 ketakutan umno pulau pinang berhadapan prn, kononnya takut kekal sebagai pembangkang. Selama beberapa penggal ni umno bukan pembangkang ke di pulau pinang? Bukan celah gelegar ni, lebih kurang celah ketiak je...

    ReplyDelete
  5. admin jgn jadi bodoh.. kalau buat PRN pakai duit sape? perlu ke rakyat diheret sbb kononnya nk tgk sokongan rakyat?? daripada duit rakyat habis sbb PRN baik buat pembangunan utk rakyat.. ada jgk faedahnya..

    ReplyDelete
  6. UMNO sibuk sangat nak suruh guan eng turun pasai apa? Majoriti rakyat penang sokong dia. Ampa duk sibuk xtau malu ka? kalau ikut populariti pilihanraya dulu majoriti rakyat Malaysia dah x sokong kt ampa pun. La ni majoriti yg duk tinggai hanya yang makan dedak ja. Ampa duk cita pilihanraya akan merugikan rakyat phuii...! Ampa lah yg duk suka tabuq duit masa pilihanraya. Yg kasi perabih suma ampa punya keja la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com