innity

pages

Saturday, July 16, 2016

Turki lantik Panglima Tentera baharu


ANKARA, Sabtu – Turki hari ini melantik Jeneral Umit Dundar sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu buat sementara menggantikan Jeneral Hulusi Akar.
Ia berikutan nasib Hulusi masih menjadi persoalan sama ada terbabit dalam rampasan kuasa atau tidak. Ada juga laporan menyatakan Hulusi masih dijadikan tebusan oleh anggota tentera yang cuba merampas kuasa.
Pelantikan sementara itu diumumkan Perdana Menteri, Binali Yildirim dengan menyaksikan Umit yang merupakan Komander Tentera Pertama akan memimpin tentera Turki selepas insiden awal pagi tadi.
Setakat ini, usaha kerajaan Turki dilaporkan memberi reaksi positif apabila semakin ramai tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa itu menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Media turut melaporkan, sekurang-kurangnya 180 orang terbunuh dalam cubaan rampasan kuasa itu, manakala ratusan lagi ditangkap. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com