innity

pages

Tuesday, July 26, 2016

Tun M Dedah Rahsia Sebenar Kenapa DOJ TIDAK SEBUT NAMA tapi guna Malaysian Official 1


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang tidak mendedahkan nama sebenar Malaysian Officer 1 (MO1) seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Bagaimanakah DoJ Amerika Syarikat akan mendakwa MO1 tanpa menyebut namanya? Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai AS enggan menulis nama MO1 dalam laporannya sedangkan nama-nama pesalah lain iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah didedahkan.
“Jika perkara ini bukan diperingkat tuduhan jenayah, maka nama-nama tersebut tidak perlu didedahkan.
“Sekarang Najib dan penyokongnya mengatakan bahawa nama Najib tidak disebut, maka beliau tidak terlibat,” katanya dalam entri terbaru diblog, chedet.cc, hari ini.
Mengulas lanjut Tun Dr Mahathir berkata, merampas wang yang dirompak tidak boleh membatalkan perbuatan jenayah itu, sebaliknya kata beliau pertuduhan jenayah adalah ke atas perompak itu sendiri.
“Rakyat Malaysia mahu mendapatkan semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang yang disyaki merompak berbilion-bilion wang kerajaan.
“Mereka tidak boleh buat apa-apa kerana MO1 telah mengawal Peguam Negara, polis dan agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkan beliau melalui undi tidak percaya kerana beliau kawal majoriti ahli Parlimen,” katanya.
Bagaimanapun katanya, suka ataupun tidak rakyat terpaksa bergantung kepada tindakan yang diambil oleh negara-negara asing bagi mendapatkan keadilan.
“Jika AS benar-benar mahu membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka perlu menamakan MO1.
“Bila pencuri berkuasa ke atas polis dan agensi pendakwaan, hanya campur tangan asing sahaja boleh membawa keadilan,” katanya. - ismaweb

5 comments:

  1. US pun tak begitu pasti mo1 tu siapa..bukti tidak cukup tu..mungkin dengar cakap jer. Klu Tun ada bukti sila lah buat laporan dan tunjukkan bukti..nanti senang us nak tuduh..klu us pun tak berani nak sebut mungkin perkara ini fitnah semata mata. Us negara hebat...iraq pun dia serang..tak kan nak menamakan mo1 pun takut..lu pikir lah sendiri Tun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro nak komen tu biarlah lepas dah baca doj punya dokumen siasatan pendakwaan..diaorg dah tau sapa..diaorg nak jaga us-malaysia relationship since mo1 tu individu yg amat penting glm kjaan makaysia..malaysia is one of the us coalition in war against terrorism..mau jaga tu..

      Delete
    2. Hahaha lawak bodo

      Delete
  2. SAYA TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN DIMANA KESALAHAN DSN DLM HAL INI.BYK YG MENGHEMBUR KATA-KATA YG TIDAK BAIK TANPA BUKTI YG SAHIH.JGN TERGOLONG DR GOLONGAN ORG YG 9 PADA GHIBAH.PADAH DIRIMU KELAK.

    ReplyDelete
  3. Amerika penug dgn muslihat politik. Proses tawar menawar masih dibuka. Tgk siapa odder bagus utk untung Amerika.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com