innity

pages

Wednesday, July 13, 2016

Tun M bidas orang BODOH. BISU dan PEKAK di sebalik 1MDB


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang terbabit dalam penubuhan dan pengurusan syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah orang bodoh, bisu dan pekak.

Beliau berkata, sesetengah daripada mereka segera meletak jawatan, manakala yang lain mengambil masa lebih lama atau mungkin diberhentikan, dipindahkan dan bersara.

“Tetapi kecacatan umum mereka semua adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap. Boleh jadi juga mereka pekak, tetapi sudah pasti mereka semuanya adalah bodoh.

“Saya percaya terdapat undang-undang mengenai menutup perbuatan jenayah. Bahkan orang-orang bodoh pun tidak dikecualikan daripada undang-undang ini.

Mereka mungkin bodoh tetapi mereka tidak sebegitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan di antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh memahami,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka mungkin boleh mendakwa bahawa mereka dipaksa untuk bertindak bodoh.

“Kemungkinan seorang. Mungkin juga dua atau tiga. Tetapi sekumpulan manusia yang besar tidak mungkin dapat dipaksa untuk bertindak bodoh. Hujahan mereka akan ditolak oleh mahkamah,” katanya.

Mengenai Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang diperoleh Sarawak Report, Tun Dr Mahathir berkata, terlalu banyak perkara yang salah dan perbuatan jenayah dilakukan kakitangan 1MDB serta Pengerusi Lembaga Penasihat, Datuk Seri Najib Razak yang mewajarkan tuduhan jenayah dikenakan.

Tetapi, katanya, sebagaimana diketahui umum, Peguam Negara mengisytiharkan Laporan Ketua Audit Negara itu tidak menunjukkan Najib melakukan kesalahan atau jenayah, serta menguatkuasakan Akta Rahsia Rasmi supaya orang ramai tidak boleh mengakses kandungan laporan itu.

“Jelas sekali kedua-dua A.G., kakitangan pejabat Audit Negara dan pejabat Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengetahui kandungan laporan Audit Negara ini. Tetapi mereka tidak bercakap. Bibir mereka dimeteraikan.

“Kemudian Menteri Kewangan II meletak jawatan daripada semua jawatan. Dia tidak menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan yang drastik itu. Dia akan ke Jordan untuk belajar agama. Nampaknya bibirnya juga dimeterai. Dia membisu sekarang,” katanya.

Tun Dr Mahathir mengingatkan bahawa sekarang ini mereka boleh bertindak bodoh, tetapi akan tiba masanya apabila helah ini tidak dapat dimaafkan, walaupun berselindung di sebalik agama.

Beliau juga membidas ahli UMNO yang menyanjung Presiden hingga membiarkannya berbuat apa saja, termasuk mencuri wang kerajaan dengan banyak.

“Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam di kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurahkan keluar.

Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri, tidak akan menebuskan dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal,” katanya.

Oleh RZ, ismaweb

24 comments:

  1. Tahniah tun m
    Kata kata berbisa
    Makbul allah jua amin

    ReplyDelete
  2. Yang paling BODOH adalah pencacai2 yang menghalalkan perbuatan keji si Lanun Bugis yang terulung!!!

    ReplyDelete
  3. Perenggan terakhir rencana ini hebat. Cuba renung kedudukan Tun semasa jadi pm dulu..adakah Tun seorang pm yg amat baik.tidak mencuri dan seleweng sesen duit rakyat?..kalau dah berumur ni tinggalkan kah bidang politik
    Tumpukan kpd keluarga dan jaga kesihatan..badan dan nyawa..sudah lah tu Tun..mmg Tun berjasa kpd negara dan rakyat...tapi rakyat tak tahu apa yg Tun buat..mustahil tak ada kesilapan besar yg tun buat semasa jadi pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah silap tun ada menyusahkan rakyat ke?
      macamlah najibun tu muda...dia pun dah tua pegi lah suh beramal ibadah bertaubat jaga keluarga berenti dr jd pm...majority rakyat pun dah menyampah...

      Delete
    2. Mudah ja...kita cerminkan dari dulu yea...kadang- Kacang kita tlupa bila dok tngk cermin...

      Delete
    3. Tun terus berjasa kpd rakyat. Terima kasih Tun. Tidak ada PM sebelum PM skrg yg membuat onar yg sebegini besar impak kpd khazanah dan maruah negara. Sekarang imej Malaysia berada di tapak kaki. Seluruh dunia ketawakan Malaysia. Lg lama PM skrg cuba bertahan jawatan yg dia sayang nk lepaskan, semakin banyak dan busuk pekung yg keluar.

      Delete
    4. ada lagi yg nak shot tun M..Tun M mungkin ada salah dulu..tp bkn tun M yg jd pm skarg..skrg adalah najib..kenapa nak shot tun M..mabuk ke?

      Delete
    5. Anon 11.15
      Tun salah
      Najib xsalah...
      Kamu ni geng keruak@waghih ko!!!

      Delete
  4. secara tak langsung anda mengakui najib banyak melakukan kesilapan...anda bukan seorang pejuang n pemimpin...anda seorang pemakan gaji ... menungu pencen...jgn samakan anda dgn tun

    ReplyDelete
  5. Anon 11.15..Tun tak sponsor org pergi haji guna duit haram..Tun tak tubuhkan syarikat untuk duitnya disonglap....Tun bukan x nak berehat..tapi..Tun tak mcm pemakan2 dedak yang hanya boleh berdiam diri melihat harta negara dijarah oleh lanun bugis...

    ReplyDelete
  6. Harap tak sesiapa pun layan 11.15 am..bnyk dpt dedak hari raya tu ! Lebeh baik hang tumpu bagi mkn keluarga hang dgn duit halal.

    ReplyDelete
  7. PM yg paling best..
    Grammy Awards jatuh kepada Pak Lah. PM yg paling buat donno je apa yg JD Kat Negara yg dia tau cepat2 kawin LPs org rumah meninggal.

    ReplyDelete
  8. Tun M boleh sahaja duduk duduk dan menghabiskan sisa sisa usia nya macam mereka yang pencen tu...betul zaman beliau dulu ada juga perkara yang tidak betul, tapi itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menutup mulut beliau, kerana "jangan lah kamu berlaku zalim, kelak kamu akan di sambar api neraka" yang membuat onar, yang membantu, yang melindungi semua nya adalah orang orang yang zalim.Sem

    ReplyDelete
  9. Kesalahan Tun M dh jadi sejarah, ia akan jadi pengajaran buat pemimpin hari ini dan esok dan jangan lupa setiap kesalahan walau sebesar zarah pun akan terima pembalasan.

    ReplyDelete
  10. Dia yg paling bising sekarang, seolah dialah polis, dialah sprm, dialah peguam, dialah hakim. Semua yg tak setuju tindakan dia dianggap pemakan dedak, bodoh, tolol dan bisu. Apa kehendak dia sebenarnya? Adakah beliau fikir dalam situasi ini wajib wujud 2 pihak sahaja. Setuju dengan dia atau lawan dgn dia. Dia kena fikir sebenarnya ada kumpulan ketiga yang berkecuali kerana memikirkan kestabilan, kemakmuran dan kedamaian lebih utama daripada sibuk menggegar kestabilan yang belum pasti apa akhirnya. Bukanntak cakna dgn isu rasuah, salah guna kuasa dan menyakau duit rakyat tapi apa untungnya menggunakan pentas ceramah, demonstrasi dan tunjuk perasaan untuk menyelesaikan masalah? Zaman beliau jadi pm dulu bolehkah semua itu? Ingatlah, setiap kesalahan ada kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh pemimpin. Jika najib bersalah, tak akan kemana beliau. Tapi sehingga itu, janganlah berlagak hakim untuk menentukan salah dan betul. Yang terlebih penting jaga mulut daripada menghina dan mencerca kumpulan ketiga yang tidak seiring dengan kumpulan pro atau kontra. Jangan busukkan mulut dengan ayat2 dusta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kau pon jgn nak bkn main heboh nak kate org tua tu sibuk berdemonstrasi bagai..kau ddk diam2 bia org yg lebih arif buat keje..kau ape tahu? Sibuk nak mentarbiah orang..zaman Tun dulu keadaan stabil,aman dan makmur..skang ape dah jadi..??
      Bukak sikit mata,ambil tahu isu negara baru kau tahu knp org tua tu dok lantang bersuara..menaip tak guna otak..akai ada??

      Delete
    2. Ko sokong gila2 pd tun madey tu, ko fikir tak macamana anak dia boleh jadi bilionare. Aku cakap bilionare ye, bukan setakat jutawan. Ko ada jawapan yang bukan atas sebab bapaknya pernah jadi pm paling lama?

      Delete
    3. Anon 0136 dengan 1117 dah overdose dedak tu.

      Delete
  11. 11.15..kau nak duduk zaman lalu ke zaman sekarang dan masa depan? Apa kesilapan besar Tun jika dibandingkan dengan yg sekarang? Adalah Tun disiasat seluruh dunia kerana penyelewengan nya?
    Kalau kau mkn dedak jibbo tak payah puji2 Tun. Lps tu nak kena kan Tun balik. masalah negara hari ini bukan Tun Yg mula kan. Jibbo kau yg bertanggungjawab..SEPENUHNYA!!

    ReplyDelete
  12. Alamak...bila pulak penyamun jadi Ustaz. Saya kebinggungan siapa yang menyamun dan siapa pulak yang merompak?.mana satu yang betul?. Anak run m pun dah jadi billionaire?. Aduhhh yang mana pulak yang betul ni?...siapa yang salah urus tadbir negara?? Hilang 30 billion dlm forex atau 40 billion? Rakyat marhen dah binggung pak....

    ReplyDelete
  13. Tun,
    Teruskan perjuangan demi agama, bangsadan negara.

    ReplyDelete
  14. Yg bodoh bahlul adalah org yg pecaya cakap si tua kutuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bodoh bahalul adalah Anon 6:19 pm....

      Delete


  15. 6.19

    Simpan sikit kebodohan tu untuk hari Selasa depan boleh tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com