innity

pages

Saturday, July 30, 2016

Tun Dr Mahathir seru tinggalkan UMNO, sertai parti baharu

Oleh RZ
KULIM, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersiap sedia menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi bagi memastikan kelangsungan survival, khususnya orang Melayu, rakyat dan negara.
Beliau berkata, parti baharu ini akan meletakkan calon yang menggabungkan muka baru dan lama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi berdepan Barisan Nasional (BN) serta membersihkan amalan tidak baik yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita telah menyenaraikan kesalahan Najib melalui Deklarasi Rakyat dan saya ucap terima kasih kepada mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan sekarang ini kita nak supaya tandatangan borang untuk jadi ahli parti baru ini.
“Saya harap semua… jangan seorang pun tertinggal. Kalau ada ahli UMNO pun.. keluarlah daripada UMNO… UMNO tak wujud lagi.. saya sayang pada UMNO… saya masuk UMNO tahun 1946.
“Kita tak boleh nafi UMNO berjasa kepada negara.. Tetapi bila Najib ambil alih UMNO… ia tidak lagi jadi UMNO. Perjuangan untuk bangsa, agama dan negara telah diketepikan.. Hari ini, dasar perjuangan UMNO ialah untuk menentukan Najib tidakdihadapkan ke mahkamah kerana mencuri wang negara,” katanya berucap pada perhimpunan menjelaskan isu-isu semasa di Karangan, Kulim, malam tadi.
Lebih 2,000 penduduk tempatan hadir pada majlis bermula jam 9 malam yang turut menampilkan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, turut hadir pada majlis yang tamat kira-kira jam 1 pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu mengalahkan BN pada pilihan raya akan datang dan memberi kemenangan kepada parti baharu serta rakan-rakannya untuk memerintah negara.
“Dalam pilihan raya akan datang kita akan letak calon-calon baru dan lama.. yang lama pun ada sikit.. tapi kita cari yang baru supaya mereka ini bersihkan parti dan tak buat lagi amalan seperti yang Najib lakukan… kita ambil masa sikit nak daftar parti ini.. tapi insya-Allah bila kita dah siap sedia.. kita nak terima semua orang,” katanya.
Pada majlis itu Tun Dr Mahathir turut menceritakan mengenai skandal 1MDB, pemindahan wang syarikat pelaburan negara itu ke beberapa firma lain sebelum wang itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib di dalam Ambank, serta pengesahan skandal yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. - ismaweb

15 comments:

  1. Masuk parti baru untuk meletakkan dap ke putrajaya?..kerja gila ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak relevan langsung komen nih.

      Delete
    2. pusing lagi cai...
      letak najip jd pm lingkup laa negara

      Delete
    3. Bodoh dan gila cai ni,,, kamu makan hasil pelacur ke,,,,

      Delete
    4. Anonymous July 30, 2016 at 6.35 PM. Sila gunakan akal apabila nak berikan komen. DAP bertanding berapa kerusi? Tun tubuhkan Parti Melayu. Di ulangi - Parti Melayu. Bukan untuk beri kemenangan kepada DAP.

      Delete
  2. Asik itu pemikian kolot cai umno...ditakutkan dgn dap...padahal umno tu lebih memalukan nama melayu...menjadikan bangsa melayu dilihat sbg pariah.m..disbbkan mempertahankan presiden yang menyonglap duit rakyat..

    ReplyDelete
  3. Semoga Tun berjaya.
    Semoga Tun dilindungi Allah.
    Semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. Nak joint parti tun m. Semoga dipermudahkan. Amin

    ReplyDelete
  5. SALAK LER SELAGI BOLEH SALAK

    ReplyDelete
  6. Jgn pedulikan puak umno.....jom join parti baru

    ReplyDelete
  7. Jgn pedulikan puak umno.....jom join parti baru

    ReplyDelete
  8. Kenapalah fikiran awak Anonymous mudah dikawal oleh dakwaan kolot,jgn sokong lagi pencuri dan pembohongannya yg sedang terbongkar ni,masih xpercaya ke?kenapalah fikiran awak mundur sangat.awak sokong dia awak juga sama berdosa dgn perbuatannya,jika awak dapat projek darinya maka hasilnya dikira haram,tunggulah harta itu akan terlingkup juga,hanya masa menentukannya saperti sipencuri itu sekarang yg hartanya hendak dirampas.HARAP ANDA BOLEH DINASIHATI SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete
  9. Kalau dasar penubuhan parti berdasarkan dendam dan
    sakit hati, tentu akan hancur....percayalah!!!

    ReplyDelete
  10. Jahatnya mulut Mahathir!!!! Dulu kata 46 billion wang 1MDB hilang/lesap..
    Lepas tu kata 26 billion. Lepas tu kata hutang....Memang mulut longkang!!!

    1MDB tak guna duit rakyat/kerajaan pun. Modal hanya 1 juta. Duit diperolehi dari pinjaman luar dan BON.

    Dulu nak list kan kat bursa saham KL terbantut sbb mulut longkang yg dah burrukkan 1MDB. Sekarang memang 1MDB bermasalah sbb rancangan bisness terganggu. Tapi hutang dah hampir diselesaikan. Aset 1MDB lebih byk dari jumlah hutang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com