innity

pages

Tuesday, July 19, 2016

[TUDUH GULEN TERLIBAT] Bekas Panglima Akin Ozturk Nafi Rancang Guling Kerajaan

Gen Akin Ozturk antara yang ditahan atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di Turki. -Gambar Agensi Berita Anadolu

SEORANG bekas komander tentera udara telah menafikan dia adalah individu yang merancang plot cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki pada Jumaat lalu.

Gen Akin Ozturk dan 26 pegawai kanan didakwa melakukan pengkhianatan dan ditahan reman pada Isnin, kata agensi berita
Anadolu.

Tetapi dalam satu kenyataan kepada pendakwa raya, bekas komander itu menegaskan: "Saya bukan orang yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa."
Anadolu sebelum itu memetik dia sebagai memberitahu penyiasat bahawa dia telah "bertindak dengan niat untuk merampas kuasa".

Pegawai telah menyalahkan perusuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 232 orang dan mencederakan 1,400 mangsa lain.

"Saya tidak tahu siapa yang rancang atau mengarahkannya. Menurut pengalaman saya, saya fikir bahawa [gerakan Gulen] cuba melakukan rampasan kuasa ini," Gen Ozturk dipetik sebagai memberitahu pendakwa oleh
Anadolu sebelum muncul di mahkamah di Ankara.

"Tetapi saya tidak boleh memberitahu siapa yang berada dalam angkatan tentera yang terlibat. Saya tidak mempunyai makluma," katanya.
-BBC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com