innity

pages

Tuesday, July 26, 2016

[GOLONGAN WAS-WAS] Tuan Ibrahim SINDIR Hj Hadi?, Nak Faham Rompakan 1MDB Semudah A,B,C,D

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hubungan dengan pengurus besar A.
A dengan mudahnya menegaskan tiada salahlaku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B, tak kisahlah samada B ini syarikat kosong ataupun tidak.
Pendek kata, apa yang B buat dengan duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D.
Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.
Meskipun demikian, masih ada yang memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan. Namun, perompak berkebajikan tetap adalah perompak.
Tidak perlu saya menamakan siapa syarikat A, sebagaimana “Malaysia Official 1″.
Apa yang berlaku hari ini?
Kegagalan agensi berkuasa negara, ditambah dengan kongkongan kuasa politik yang menyebabkan ada sebilangan mereka yang terlibat dengan penyiasatan diberhentikan membuat rakyat terasa negara tidak berupaya membongkar kes 1MDB.
Akibatnya, apabila ada negara lain yang sudi membongkar isu 1MDB, seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan juga negara-negara lain, rakyat terus mempercayai apa yang didedahkan penyiasatan mereka.
Jangan salahkan rakyat. Rakyat tiada pilihan kerana alasan-alasan yang bukan sahaja kurang logik malah tidak konsisten yang diberikan pihak berkuasa selama ini melanggar akal mereka.
AS mahu menjaga negaranya daripada dijadikan tempat mencuci wang haram, atau wang rompakan daripada negara lain. Mereka yang dinamakan perlu menjawab di mana datangnya sumber kewangan mereka, apakah sumber itu halal dan sudah dicukai?
Sekiranya jawapan ialah hadiah, maka siasatan akan dilakukan kepada si pemberi hadiah, di mana soalan yang sama akan ditanya, di mana datangnya sumber hadiah tersebut? Semua ini akan disiasat berterusan sehingga lubuk, kerana masing-masing akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri.
Sebagai contoh, bayangkan kalau tuduhan bahawa duit 1MDB disonglap sebagai modal perjudian beberapa individu terbukti betul? Bukankah ini satu penghinaan sedangkan ramai rakyat yang sedang bergelut membayar PTPTN?
Namun begitu, ada yang was-was dengan siasatan DOJ, kerana sejarah dan sikap AS yang suka mencampuri urusan negara lain yang bermasalah dalaman.
Apakah rasional pandangan ini terhadap isu 1MDB?
Walaupun begitu, jangan ada pihak yang mencemuh pihak yang was-was ini. Kebimbangan mereka terhadap sikap suka campur tangan kuasa asing khasnya AS ke atas negara umat Islam ada asasnya perlu diberi perhatian. Kerana sejarah membuktikan permasalahan dalaman negara, penindasan dan kezaliman akan membuka ruang campur tangan asing.
Kerajaan yang bertindak zalim menyebabkan rakyat mula terasa ingin memberontak secara dalaman.
Akan tetapi, dengan sistem demokrasi yang ditempangkan untuk menjaga kekuasaan kerajaan yang zalim, rakyat terasa tertekan dan hilang harapan untuk menukar kerajaan.
Ketika itu, kuasa asing akan mengambil kesempatan kerana sebarang bantuan yang datang akan disambut rakyat, termasuklah bantuan daripada pihak asing.
Presiden PAS di rumah Hari Raya terbuka PAS Pusat di Kedah menyebut,
“1MDB ini satu kes yang perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan. Jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Kalau pihak asing campur tangan, itu silap kita sendiri. Apa yang penting kes ini perlu disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri, jangan biar sampai orang boleh campur hal kita. Itu bukan kerja PAS, itu kesilapan pihak berkenaan…”
Teguran beliau mudah. Beliau mendesak agar mereka yang berkuasa hari ini mengambil tindakan sewajarnya menyiasat 1MDB dengan sendiri supaya pihak asing tiada ruang untuk campur tangan.
Kalau pihak asing dapat campurtangan kerana kegagalan pihak berkuasa bertindak, dosa di tangan mereka yang berkuasa.
Penegasan presiden PAS dan beberapa pihak yang lain adalah peringatan penting bahawa sebarang campurtangan asing mesti dielak dalam apa jua kemelut yang berlaku dalam negara.
Saya dengan ini menyarankan agar Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersatu, dan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja yang turut dianggotai Majlis Raja-Raja bagi membuka balik segala siasatan terhadap 1MDB.
Kerajaan tidak harus berlengah lagi untuk menghidupkan Suruhanjaya Diraja ini, malah ia masih selari dengan seruan kenyataan raja-raja Melayu sebelum ini yang menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan kerajaan zalim di serara dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia.
Hutang negara sudah pun mencecah RM847 bilion di 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari ini nanti, di mana Bank Dunia dan IMF menanti untuk menghulurkan bantuan. Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing.
Kepada yang bimbang dengan campurtangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah – bersatulah mendesak agar Suruhanjaya Diraja terhadap 1MDB dibuka dan teruskan desakan sehingga agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan kepada mereka yang terlibat dalam merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan timbalan presiden PAS.

4 comments:

  1. Tuan Ibrahim tidak serpihan di bumi yang nyata....... Contoh begini...A menguruskan Tanah X...... entah Dari mana datangnya Jodoh...secara ketentuan D mengenali A di sebabkan hubungan sahabat.... atau mungkin kenalannsahabat atau mungkin penjualan boat. Atas dasar kenal sang D cuba mengharapkan sesuatu Dari A untuk kelansungam hidup tidak kira merah atau biasa2.... peluang niaga atau buat duit lah tu. atas dasar niaga A kata carilah peluang Dari usaha kamu.... namun Dari aku direct lupakanlah..... Si D mungkin kenal B Dan C yang ada kecenderunn untuk berurusan dengan A untuk tanah X. kalau urusan antara A B Dan C berjaya...... mungkin ada timbunan Dari B Dan C untuk si D. sebab membantu urusan atau seawalnya memperkealkan urusan in..... itu biasa. Jadi kat mana yg jadi masalahnya?...... kalau sepupu Tuan Ibrahim dapat supply sejadah kat surau Kampung yang Tuan Ibrahim Bina atas duit sumbangan Masyarakat lalu sepupunya hadiahkan buku bacaan Kepada anak atau cucu tuan Ibrahim sebab hadiah keraa mengenangng budi tuan Ibrahim yang bagi cadangan Kepada sepupunya tentang peluang perniagaan bila surau itu siap nanti.... nak panggil hadiah tu rasuah ker?

    ReplyDelete
  2. Bodoh jugak Tuan IBraaim ni..

    Dia ingat semudah ABCD ke??

    Nampak sangat dia tak faham apa yg berlaku melainkan mendapatkan info info dari sumber yg palsu dan sumber yg tak boleh dipercayai..Otak dia dah korup!!

    Dia ustaz ...dah faham agama. kenapa jadi begini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan super hero. Pakar kepelbagaian bidang. Dari aeroangkasa, jalanraya, aes, kewangan. Dia seangkatan dgn Mr Fuz hello Sirul.

      Delete
  3. betul le tuan ibrahim kata tu, pemimpin pas semua "bisu", tak pernah kesah najib melanun wang, entah pukau apa yg najib pakai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com