innity

pages

Monday, July 25, 2016

[TOLAK TAWARAN MUHYIDDIN] Shafie Apdal akan TUBUH, TERAJUI parti baharu di Sabah


KOTA KINABALU, Isnin – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui akan menubuhkan parti baharu di Sabah.
“Saya melihat ada keperluan untuk parti baharu berasaskan tempatan di Sabah. Saya bukan gila kuasa. Apa yang penting ialah berjuang untuk rakyat Sabah.
“Jadi, sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya,” katanya ketika berucap pada sambutan hari raya bersama penyokongnya di di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan permainan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan.
“Saya tahu tidak ada nikmat perjuangan ini jika tiada pengorbanannya. Jangan takut dan bimbang akan banyaknya parti di Sabah kerana bukan parti yang menentukan siapa berkuasa di negeri Sabah.
“Yang menentukan kuasa di negeri ini adalah rakyat Sabah. Apa guna ada parti lokal tetapi jadi kuda tunggangan. Cukuplah kali ini…ini kalilah…jangan jual tangan ini. Tidak perlu dibeli dan jangan jual undi. Undilah parti yang kita akan tubuhkan nanti,” katanya.
Shafie memaklumkan beliau akan memimpin parti yang berpangkalan di Sabah kerana mahu berkhidmat untuk rakyat di negeri itu.
“Tan Sri Muhyiddin minta saya…berkenaan parti baharu dan beritahu saya, ‘Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden’.
“Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu. Tun (Mahathir) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong,” katanya. - ismaweb

1 comment:

  1. Shafie punya target nk bwk keluar sabah Dr Malaysia dgn parti baharunya. Aku memang setuju sgt..Sabah sebenarnya kaya tp semuanya hbs dikebas kerjaan persekutuan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com