innity

pages

Wednesday, July 27, 2016

TMJ:Mana saya boleh lawan, ini pasukan Dato Sri Najib, TAPI Saya bangga Tidak Guna Wang Yang Sepatutnya Untuk Rakyat


WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Apa yang Tunku fikirkan mengenai persaingan merebut gelaran liga antara JDT dan Felda?

DYAM TMJ: Saya rasa ia akan menjadi persaingan yang sengit tetapi mereka ada peluang yang baik dan kelebihan. 

Mana saya boleh lawan, ini pasukan Dato Sri Najib. 

Gurau.... JDT pasukan yang kecil sahaja. Jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik. Walau bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. 

Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek didalam Felda.

Felda telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang. Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin.

Saya bangga dengan kelab yang saya telah bina dan terkenal di Asia Tenggara. JDT diiktiraf di peringkat global, di mata dunia. JDT dibiayai oleh penaja dan juga para pelabur yang melabur di negeri Johor. 

Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. 

Saya berharap Perdana Menteri, Dato Sri Najib boleh memberi sedikit nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab. Saya amat berbangga dengan Kerajaan Johor dan saya memuji mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap rakyat.

Wartawan: Tunku, hari ini Tunku bertemu dengan Dato Seri Norza, Bendahari FAM. Bagaimana mesyuarat tersebut? Adakah ada apa-apa yang boleh Tunku kongsikan dengan kami?

DYAM TMJ: Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Saya telah diberi taklimat mengenai laporan kewangan FAM. 

Terdapat banyak penyalahgunaan dana dan perbelanjaan yang tidak perlu dalam FAM. Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku! Mereka mengaku dan terima terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam FAM dan sesetengah individu individu bertanggungjawab perlu berundur. 

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan akan datang berjumpa dengan saya beberapa hari lagi bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. 

Saya beri jaminan kepada semua penyokong bahawa saya akan sentiasa jujur dan telus kepada semua penyokong dan anda semua boleh bertanya kepada saya apa-apa jua perkara berkaitan isu-isu semasa sewaktu sesi soal jawab saya bersama penyokong.
----
INTERVIEW WITH HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Journalist: What do Tunku think of the title race between JDT and Felda?

HRH TMJ: I think its going to be tough and they have an advantage. How you expect us to compete with Dato Sri Najib's team? joke.... We are only a small club. Hence, I reckon Felda have a very good chance. However, I am proud that I am not using the government's money which belongs to the people to build a football club. I am not building a stadium using money meant for the settlers or money from contractors lobbying for jobs within Felda.
Felda was established by the Late Tun Abdul Razak to eradicate poverty. However, today, money meant for the settlers are being spent unnecessarily to enrich certain contractors within Felda and also allowing a few people holding high post in Felda to make money. This is a clear case of taking money from the poor.
I am proud with the club I have built and is well known in South East Asia. JDT is recognised globally, in the eyes of the world. JDT is funded by sponsors as well as investors who invests in the state of Johor. Government money must be used for the good of the people and priority must be given to the people. I hope the Prime Minister, Dato Sri Najib can offer some advice to the parties responsible. I am very proud of the Johor Government and I commend them for their hard work and dedication for the people.

Journalist: Tunku, today Tunku met with Dato Seri Norza, Treasurer of FAM. How did the meeting go? Is there anything Tunku would like to share with us?

HRH TMJ: Meeting went very well. I was given a briefing of FAM's financial report. There are a lot of misuse of funds and unnecessary expenditure in FAM. This is something which should not happen! They are aware that there is a lot of mess that needs cleaning up in FAM. Youth and Sports Minister YB Khairy Jamaluddin will be coming to see me in the coming days to discuss further. However, I will not divulge anything on the matter for now. Let me assure the fans that I will always be honest and transparent to all the fans and all of you can ask me anything regarding football when I hold my next Q&A session with the fans.

Hidup Johor Demi Johor

2 comments:

  1. Terbaik....call a spade, a spade w/o mincing any words.....

    ReplyDelete
  2. Congratulations.....TMJ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com