innity

pages

Friday, July 29, 2016

Timb. Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mustafar Ali DIPINDAH KELUAR dari SPRM?


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali akan dipindahkan untuk menerajui sebuah jabatan kerajaan lain dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh satu sumber kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mengesahkan jabatan mahupun agensi baharu yang akan diterajui Datuk Seri Mustafar.

Katanya, jabatan atau kementerian mana Datuk Seri Mustafar ditempatkan dijangka diketahui petang ini.

Namun, difahamkan Datuk Seri Mustafar sudah memaklumkan kepada SPRM bahawa beliau akan dipindahkan.

Sementara Itu, Datuk Seri Mustafar ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan beliau akan bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada 3 petang ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

Sementara itu, pada pukul 3 petang ini juga akan berlangsungnya Majlis Paluan Berundur Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. - Astro Awani




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com