innity

pages

Saturday, July 16, 2016

[#TenteraTurkiRampasKuasa] Pesawat bawa Presiden Erdogan mendarat di Istanbul


ISTANBUL: Pesawat membawa Presiden Recep Tayyip Erdogan selamat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Turki, hari ini selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang cuba menggulingkan beliau, lapor sumber rasmi kerajaan. 

Ketika kejadian, Erdogan dikatakan sedang bercuti di Marmaris sebuah destinasi pelancongan tepi pantai di Turki. 

Sekumpulan tentera juga dilaporkan memasuki premis kumpulan media swasta Turki, Dogan Media, lapor saluran CNN-Turki sebelum dihentikan siarannya oleh kumpulan berkenaan. 

Dalam perkembangan berkaitan, penyiar NTV melaporkan dua orang terbunuh dalam pertempuran di sekitar ibu kota awal semalam. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com