innity

pages

Saturday, July 16, 2016

Tentera Turki RAMPAS KUASA, Erdogan mengaku masih Presiden, Seru Rakyat LAWAN

Presiden Turki mengajak warga Turki untuk turun ke jalan menolak upaya kudeta militer dan memberikan dukungan untuk pemerintah.
Jenderal Dundar: 'Langkah-langkah yang diperlukan diambil bersama pasukan lain yang tidak terlibat namun tetap dalam rantai komando. Para pemimpin kudeta adalah kelompok kecil di jajaran tentara di level pertama; tidak perlu khawatir '
Pemimpin oposisi utama mengatakan Turki menolak kudeta.

ANKARA, Sabtu – Tentera Turki dalam satu kenyataan mendakwa bahawa telah menguasai negara itu secara rasmi daripada pentadbiran kerajaan dipimpin Presiden, Recep Tayyip Erdogan.
Dalam satu temubual telefon bersama CNN Turki, Erdogan berkata beliau masih Presiden negara dan ketua tentera dan menyeru semua rakyat keluar ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa oleh tentera.
“Kami akan menyelesaikan perkara ini,” katanya sambil menyatakan pihak tentera akan membayar harga yang mahal atas cubaan rampasan kuasa ini.
Erdogan yang sedang bercuti di kawasan Marmaris kini sedang menuju ke Ankara.
Ketika ini, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditutup, stesen televisyen kerajaan TRT telah dikuasai oleh tentera manakala Jambatan Bosphorus telah ditutup.
Di tengah bandar Ankara, kedengaran bunyi tembakan dan jet tentera terbang melintasi ruang udara.
Ibu pejabat polis di Ankara dan bangunan Parlimen telah diserbu oleh pihak tentera.
Kereta kebal tentera juga kelihatan di jalan-jalan utama.
Dilaporkan kumpulan penyokong Erdogan juga telah berkumpul di lokasi-lokasi tertentu. – Agensi


Rakyat Turki Pro Erdogan ambil alih percobaan kudeta oleh segelintir militer Turki




Rakyat Turki " Kami Mencintai Erdogan" 
Rakyat Turki hadapi faksi militer yang mencoba melakukan kudeta




Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika menghubungi penyiar CNN semalam berkata beliau masih presiden di negara itu dan ketua angkatan tentera serta menyeru rakyat bersatu hati membuat bantahan di jalanan tanda tentangan terhadap rampasan kuasa berkenaan. 

"Kita akan mengatasi masalah ini bersama," kata Erdogan, ketika bercakap menerusi panggilan video ke telefon bimbit yang dirakam penyampai sebuah stesen TV. 

Beliau menggesa pengikutnya membuat bantahan di jalanan untuk mempertahankan kerajaannya dan berkata perancang utama komplot rampasan kuasa itu akan membayar harga yang tinggi atas tindakannya. 

Jurucakap kerajaan Cemalettin Hasimi memberitahu Al-Jazeera, pihaknya tahu mereka (sekumpulan kecil tentera) bertindak di luar bidang kuasa, dalam cubaan untuk merampas kuasa. 

"Tetapi kuasa demokrasi berjaya mengawal kembali keadaan. Parlimen akan kembali dalam masa setengah jam." katanya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com