innity

pages

Thursday, July 28, 2016

[TELUK KEMANG SAJA 23 CAWANGAN SUDAH SEDIA] Cawangan parti baharu Dr M sudah sedia ditubuhkan – GKCM

KUALA LUMPUR: Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) kini giat bergerak bagi merekrut akar umbi Umno akar menyertai parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Mohamad Zin Mustapa.
Timbalan Pengerusi GKCM itu mendakwa kebanyakan ahli Umno tidak dapat lagi menahan kekecewaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, dan ia diburukkan lagi dengan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu.
“Kami memang sedang bergerak, dan yakin majoriti ahli Umno di akar umbi akan menyertai parti baharu nanti. Selepas itu, pemimpin peringkat tinggi parti juga pasti akan menyusul.
“Di kawasan saya – Teluk Kemang – 23 cawangan sudah bersedia dan akan ditubuhkan sebaik sahaja parti baru diisytiharkan,” kata bekas Ketua Cawangan Umno Taman Datuk Haji Abdul Samad itu kepada FMT.
Beliau antara lapan Ketua Cawangan Umno di Teluk Kemang yang digantung keahlian selama enam tahun pada 2 Disember lalu, selepas membuat sidang media mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti.
Katanya lagi, penubuhan parti baharu tersebut kini dalam proses terakhir dan akan diumumkan “dalam masa terdekat”.
“Semalam pun kami mesyuarat dengan pihak penajaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Mahathir. Kini dalam proses menetapkan hal-hal seperti perlembagaan, bendera dan seumpamanya,” katanya.
“Jadi tak mengapalah kena gantung enam tahun, ada parti baharu nanti,” katanya lagi.
Pada 14 Julai lalu, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang dipercayai akan dianggotai bekas tokoh politik Umno, dan akan menyertai pembangkang menentang BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. - FMT

6 comments:

  1. TAKAT 23 CAW.1 CAW.ADA 7 AHLI SAJA CAMNER NK LAWAN NAJIB.UMNO ADA 2,300 CAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba, belum tau bro..

      Delete
    2. Yg penting KUALITI dan bukannya KUANTITI..Sbb yg menentukan kalah atau menang ialah Rakyat..

      Delete
  2. Tak jadi apa stakat telok kemang..ngabih an bogheh yo..klu poghang..mulo lah sobut soghang..nampak ee ghamai..tp yg lawan soghang..mcm Tun lah..kata jer ramai..yg lawan dio soghang..tak komano..jgn sokonglah Tun tu..dia dah tua..dah 90..klu dio mati sok..parti baru mulo lah merebut nak jadi ketuo..pecah belah pulak..yg elok ee sokonglah dan bantu pm skrg untuk tadbir urus negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAWE SETUJU SESANGAT.MASA TUN DAH BERLALU

      Delete
  3. Mana isa pendek tak counter balik ke. Alamak ..dia dok kat london sambil shopping. Kalau ada geran london, bagilah kat sipendek bahlol tu. Dia akan kerok duit felda sampai kering. Balun isa jangan tak balun. Kat kubur sok pandai2 jawablah ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com